Contoh Resume pembantu penguasa kastam

Kastam merupakan sebuah agensi yang penting didalam menjamin kestabilan ekonomi negara,tiada meraka pastinya berlaku banyak kesulitan disamping aktiviti haram yang tak terkawal. Contoh Resume Pembantu Penguasa Kastam khas untuk meraka yang akan menjalani temuduga kerja kerajaan khususnya.

Sedikit pengetahuan yang ada tentang jawatan pembantu penguasa kastam ialah apabila seseorang pemohon itu terpilih sewaktu temuduga,meraka harus mejalani kursus -kursus untuk melengkapkan syarat menjadi pembantu penguasa kastam. Sudah tentu,meraka yang terpilih memiliki syarat-syarat yang diperlukan. Rujuk sukatan penilaian bagi jawatan ini disini.

Sedikit info tentang jawatan ini.

DOWNLOAD  SOALAN TEMUDUGA 

Syarat Lantikan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;
[ Gaji Permulaan : RM928.74 ] dan
kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport / eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar / masuk di pintu-pintu masuk negara, membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais, menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti, menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.

Muat Turun Resume Pembantu Penguasa Kastam  

Link Muat turun Resume akan dihantar kepada anda setelah email disahkan

lklkl

Panduan Mudah – Temuduga Kerja Kerajaan

Memiiki pekerjaan di sektor kerajaan boleh menjadi menarik,mencabar dan merupakan pekerjaan yang stabil untuk mencari pendapatan khususnya di Malaysia kini. Pekerjaan di sektor awam khasnya yang bermula dari kerjaya penghantar surat (posmen) ,perkhidmatan keselamatan(polis/tentera) sehinggalah undang-undang dan juga  kewangan. Bersedia menghadapi temuduga dengan persiapan yang rapi seperti memakai pakaian yang kemas,persedian resume dan mengetahui serba sedikit soalan dan jawapan temuduga khas untuk jawatan sektor awam.

Temuduga perkerjaan awam secara  umumnya  mempunyai matlamatnya sendiri didalam memilih calon yang sesuai dan berpotensi untuk menangani situasi tekanan dan bagaimana calon tersebut bekerja dibawah pentadbiran kerajaan negeri dan pusat.

Apabila anda memohon untuk bekerja didalam sektor awam, anda dasarnya akan bekerja untuk negara dan harus menghormati penemuduga anda dengan memilih pakaian yang sesuai. Pilih pakaian konservatif berwarna gelap dan sederhana dengan sentuhan klasik seperti pakaian yang selesa seperti baju kurung atau skirt berlabuh untuk wanita atau tali leher yang malap buat lelaki. Sesuaikan pakaian dengan tema temuduga khusus untuk kerajaan iaitu sederhana. Khaskan fail folder yang sesuai untuk anda muatkan fail-fail penting  seperti resume,butir maklumat pendidikan dan juga dokumen yang berkaitan.

Wanita seharusnya menjauhkan diri daripada memakai solek kuku berwarna dan lelaki perlu mengelak memakai terlalu banyak minyak wangi atau aksesori seperti gelang,cincin atau kaca mata gelap. Anda mahu menonjolkan personaliti anda dan bukannya pakaian anda.

Tunjukkan Pencapaian yang amat membanggakan  anda di tempat kerja semasa temuduga. Kenal pasti pencapaian yang menjadikan anda  menjadi pekerja terbaik pada majikan terdahulu. Komponen ini penting bagi penemuduga ,kerana meraka mencari calon yang memiliki pengalaman dan juga pengetahuan tentang jawatan yang ditawarkan.

Anda boleh merujuk entri yang berkaitan temuduga dengan klik  menu ! Tips  Temuduga ! diatas.

Contoh resume lepasan spm

Lepasan Spm mahupun graduan,umumnya akan mula mencari perkerjaan setelah tamat pengajian .Yang pasti para pemohon pasti akan menulis resume berdasarkan kecenderungan kerjaya masing-masing.Namun,memiliki segulung ijazah mahupun diploma atau sijil  bukanlah satu simbol yang harus dibanggakan kerana pemohon masih kekeringan pengalaman didalam jawatan yang dipohon.

Namun,pemohon tidak perlu gusar dalam usaha mengejar kerjaya yang diminati .Disini terdapat dua tips untuk menguatkan lagi kecekapan resume anda :

Sahihkan  kelayakan

Muat Turun : Contoh resume lepasan spm 

Bagi Pemohon Lepasan ,sememangnya kekurangan pengalaman akan menunjukkan kelemahan dalam resume anda,tetapi pemohon juga boleh menutup kelemahan ini dengan memastikan keutamaan diberikan  kepada maklumat umum seperti pendidikan,maklumat peribadi.Pastikan setiap susunan ayat disusuli dengan kata -kata yang gramatis .

Kecekapan Tatabahasa

Selain daripada penggunaan ayat yang gramatis ,pemohon seharusnya meneliti kesalahan tatabahasa didalam setiap ringkasan ayat didalam resume .Sedikit kesalahan tatabahasa boleh menyebabkan resume anda ditolak walaupun penemuduga belum sempat membacanya.

Sekian,beberapa tips mudah  panduan contoh resume Lepasan Graduan dan spm dari contohresume.com.

 

 

 

Panduan Asas Temuduga

kita sedia maklum bahawa  asas tatatertib memainkan peranan yang penting dalam proses temuduga ,ia merupakan asas bagi anda menghadapi peringkat yang seterusnya dalam urusan memohon jawatan didalam sektor kerajaan mahupun swasta .Contoh resume

Menghadiri temuduga tanpa  memikirkan asas tatatertib ,adalah satu kerugian yang besar jika  anda memohon disektor kerajaan,pemohon pekerjaan sektor kerajaan harus mengetahuai bahawa sektor kerajaan sangat menitikberatkan nilai-nilai kendiri yang tinggi ,pemohon harus mempunyai nilai-nilai positif yang tinggi jika pemohon meletakkan harapan yang agak tinggi untuk berkhidmat disektor kerajaan.


Video Panduan Temuduga