Contoh Surat Permohonan Bantuan

Surat permohonan bantuan adalah surat memohon bantuan samada kewangan,pendidikan,dana perniagaan,rumah dan biasiswa dari sesebuah organisasi,agensi dan individu. Format yang digunakan adalah surat rasmi,perlunya ketelitian didalam susunan tatabahasa yang betul dan menyatakan tujuan utama menulis surat permohonan mengikut format yang ada secara tepat .

Contoh surat permohonan bantuan pendidikan dibawah adalah contoh bagi permohonan bantuan pendidikan,format ringkas bagi contoh surat rasmi adalah seperti berikut:

  • Nama dan alamat pemohon
  • Tarikh
  • Nama dan alamat penerima
  • Tuan/puan
  • Perkara (isu anda)
  • Nyatakan tujuan permohonan anda dirangkap yang pertama
  • Nyatakan secara ringkas tujuan anda memohon bantuan tentang  isu yang berbangkit dan mengapa anda memerlukan bantuan tersebut pada rangkap yang kedua
  • Akhiri rangkap yang terakhir dengan menyatakan betapa pentingnya bantuan tersebut dan bagaimana bantuan itu boleh membantu anda .
  • Nyatakan keihklasan anda dengan pernyataan berterima kasih dan disusuli dengan nama anda.