Contoh Resume White Rainbow

Contoh Resume White Rainbow khas buat meraka yang inginkan resume yang ringkas dan bersih .  Tanpa memerlukan ilmu kemahiran yang  tinggi,bakat bukanlah syarat untuk anda yang inginkan sesuatu yang berbeza setiap kali membuat permohonan kerja.

Perbezaan ketara antara kurikulum vitae dan resume

Kurikulum vitae boleh melebihi  dua atau lebih muka surat, sinopsis yang  lebih terperinci  tentang latar belakang dan kemahiran anda.  Resume merupakan ringkasan tentang maklumat diri,pendidikan,pengalaman .

 Muat Turun: Contoh Resume White Rainbow

Blue Grey Contoh Resume

Salam petang,

Berkat petang yang damai hari ini,saya telah pun menyiapkan rekaan contoh resume yang terbaru saya hasilkan secara percuma untuk anda muat turun dan gunakannya. Inisiatif ini tercetus setelah saya menyedari akan potensi dan perhatian rakyat malaysia khususnya corak dan reka bentuk resume yang menarik untuk dijadikan sebagai medium mendapatkan perkerjaan yang diidamkan.

Walaupun saya masih baru didalam photoshop,namun masa yang dicurahkan sangat berguna jka contoh resume yang saya sediakan ini mampu membantu anda mendapatkan perkerjaan yang diidamkan.

Blue Grey Contoh Resume

Creative Commons Licence
blue grey contoh resume by razlan is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 2.5 Malaysia License.

Contoh Resume Bahasa English

Setelah meneliti carian search terms yang tinggi bagi keyword contoh resume bahasa english,jadi saya translate resume b.m kepada english ,bagi anda yang mencari resume didalam bahasa english ,maka ini adalah panduan terbaik untuk anda. Sesetengah susunan ayat mungkin agak kaku kerana saya menggunakan google translate secara direct .

 Resume Bahasa English

Download Contoh Resume Bahasa English

Namun,bagi mengarang resume english tidaklah sesukar mana yang disangka kerana format yang digunakan adalah sama ,cuma penggunaan bahasa yang berlainan,resume english yang terbaik adalah berdasarkan elemen-elemen yang terdiri daripada kompenen mudah seperti ;

  • Full Nama
  • Personal details
  • Mailing Address
  • Permanent address
  • Educational background
  • Work experience

Bagi saya google translate merupakan tool yang paling mudah bagi  mentranslatekan dari resume b.m kepada bahasa english ,bagi golongan yang kurang penguasaan english seperti saya google translate amat membantu ,selainnya kita haruslah  menyusun kembali ayat kepada struktur grammar yang bersesuaian dan kemas .

Sekian,hasil tulisan yang tak seberapa dari contohresume.com

Contoh Resume Update White Rainbow

Saya telah pun mengedit kembali  white rainbow  ini. Kelihatan serupa tetapi telah diolah sedikit pencahayaan kreatif.  Walaupun kelihatan santai rapuh,saya telah menyempurnakan sedikit susunan supaya ia kelihatan kemas.

Post ini bagi permintaan pengunjung blog ini yang telah menghubungi saya secara email. Saya ingin meminta maaf sekiranya tidak menepati permintaan anda ,ini adalah usaha yang terbaik dari saya.

Contoh  ini sesuai bagi meraka yang  sukakan grafik  kreatif ,namun saya menasihatkan agar berhati-hati apabila menggunakan contoh  ini untuk memohon  jawatan yang tertentu .

Sekian ,selamat berjaya .

Muat Turun contoh resume white rainbow 

rainbow

Koleksi Contoh Resume Buat Tatapan

Hampir 2 tahun setelah saya usahakan laman ini untuk membantu saudara-saudari kita yang memerlukan panduan dan contoh resume,sekadar mengisi ruang masa yang terbuang agar ia tidak menjadi sampah sarap. Review koleksi contoh resume ini khas buat meraka yang mencari dan menilai contoh resume pada masa yang lepas. Buat meraka yang memerlukan. Resume khasnya,penting bagi meraka inginkan panduan serta contoh terbaik yang boleh meraka ikuti dan lantas memperbaiki resume untuk menarik perhatian pembaca khususnya,majikan yang berpotensi.

Berikut adalah entri-entri contoh resume bahasa melayu serta resume rekaan khas adobe photoshop yang tak seberapa cantik.

1. Contoh resume bahasa melayu 

Khas buat meraka yang inginkan resume yang mudah,nampak ringkas tapi mudah difahami dan lengkap. Lain dari contoh yang lain . 

2. Contoh resume bahasa english

Resume yang dibuat didalam bahasa english,penting bagi meraka yang ingin memohon jawatan yang khusus cthnya jawatan sektor swasta.

3. Contoh Resume Juruteknik Komputer

Contoh resume khas buat meraka yang ingin memohon jurusan juruteknik atau yang berkaitan. Walaupun ia hampir sama,resume ini telah diedit menjadi sedikit kemas . 

4. Cara Mudah Buat Resume 

Contoh mudah ini berguna bagi meraka yang mengejar masa,sekadar format resume yang ringkas tapi lengkap dan tepat. 

5. Set Lengkap Contoh Resume dan Surat Iringan 

Set resume ini dan surat iringan hasil dari kreativiti yang tak seberapa,bagi saya ia merupakan satu usaha yang baik bagi meraka yang ingin mencuba kaedah ini untuk menarik perhatian .

6. Blue Grey Contoh Resume 

Resume adobe photoshop ke-2 ,penambahbaikan dari segi warna,rekabentuk dan mudah untuk digunakan. 

7. Contoh Resume White Rainbow 

Resume photoshop yang bercirikan warna warni,sesuai bagi meraka memohon jawatan pereka grafik. 

Walaupun kadar  kejayaan bagi yang telah menggunakan contoh resume ini masih kabur untuk saya keluarkan penghargaan,saya  amat berharap agar ia membantu bagi yang memerlukan,sekadar perkongsian dan mungkin imbuhan pahala untuk saya sepanjang blog ini ditubuhkan ,insyallah. Sekian terima kasih.