Contoh Resume Juruteknik Komputer

Adapun contoh resume ini adalah percuma ,adalah sebaik-baiknya jika anda menggunakan  kuasa edit anda sendiri bagi menampakkan kesungguhan dan semangat.sekian sila download .

Resume juruteknik komputer ini  khas ditujukan kepada lepasan  pemohon jawatan juruteknik komputer dan bersamaan sewaktu dengannya ,sekian ,terima kasih kerana singgah di sini .

Daftar Langganan Untuk Muat Turun Contoh Resume Juruteknik Komputer FT19

 

Contoh Resume Kerani – Pembantu Tadbir

Berikutan ramai yang meminta contoh resume kerani,walaupun tidak sesempurna contoh resume yang lain. Saya berharap contoh ini mampu memberikan anda idea atau panduan yang khusus untuk jawatan sebagai kerani atau pembantu tadbir khasnya untuk pemohon jawatan swasta dan kerajaan.

Yang mana kita tahu,jawatan kerani memerlukan kemahiran pengurusan data yang khususnya penting bagi pengurusan aset serta data sesebuah organisasi. Jadi,penting untuk menyatakan isi-isi yang penting yang mengambarkan kemahiran yang diperlukan di dalam resume anda .

Muat turun : Contoh Resume Kerani

Contoh Resume Bahasa Melayu

Contoh resume bahasa melayu . Resume merupakan tiket kepada dream job yang anda inginkan,salah satu  faktor yang dikenal pasti dalam pembikinan resume yang menyakinkan penemuduga ialah maklumat yang lengkap dan ringkas ,tanpa data-data yang lengkap dan kurangnya penekanan terhadap kata kunci yang menarik perhatian  penemuduga ,anda pasti bakal berdepan dengan keputusan yang

mengecewakan,namun dimalaysia kita sedar bahawa  penekanan bahasa untuk resume yang menarik adalah sebaiknya didalam bahasa melayu sekiranya anda memohon di sektor awam .

Muat Turun Contoh Resume Bahasa Melayu

Umumnya, bahasa  melayu merupakan bahasa kebangsaan dimalaysia jadi bersetujukah anda jika saya mengatakan lebih baik menyediakan resume dalam bahasa melayu sekiranya ingin memohon sektor kerajaan.

Contoh Resume ini sesuai Bagi jawatan Seperti;

  • Guru sandaran
  • Guru Ganti
  • Jururawat
  • Kerja Kerajaan
  • Juurutera
  • Kerani Am
  • Pembantu Akauntan
  • Pembantu Tadbir
  • Pemandu

Setelah bertahun memohon jawatan disektor kerajaan ,saya sedar antara punca permohonan saya ditolak bukanlah berdasarkan punca resume , tapi berdasarkan pengetahuan pemohon itu sendiri,jadi umumnya ,resume bukanlah punca utama namun berkait banyak faktor lain .

Kesimpulannya ,tujuan saya mengarang ne jauh berbeza dari title entry kali ne ,tetapi saya melebihkan tekanan terhadap penggunaan bahasa melayu dalam resume berbanding bahasa lain,sekian.

Contoh resume lepasan spm

Lepasan Spm mahupun graduan,umumnya akan mula mencari perkerjaan setelah tamat pengajian .Yang pasti para pemohon pasti akan menulis resume berdasarkan kecenderungan kerjaya masing-masing.Namun,memiliki segulung ijazah mahupun diploma atau sijil  bukanlah satu simbol yang harus dibanggakan kerana pemohon masih kekeringan pengalaman didalam jawatan yang dipohon.

Namun,pemohon tidak perlu gusar dalam usaha mengejar kerjaya yang diminati .Disini terdapat dua tips untuk menguatkan lagi kecekapan resume anda :

Sahihkan  kelayakan

Muat Turun : Contoh resume lepasan spm 

Bagi Pemohon Lepasan ,sememangnya kekurangan pengalaman akan menunjukkan kelemahan dalam resume anda,tetapi pemohon juga boleh menutup kelemahan ini dengan memastikan keutamaan diberikan  kepada maklumat umum seperti pendidikan,maklumat peribadi.Pastikan setiap susunan ayat disusuli dengan kata -kata yang gramatis .

Kecekapan Tatabahasa

Selain daripada penggunaan ayat yang gramatis ,pemohon seharusnya meneliti kesalahan tatabahasa didalam setiap ringkasan ayat didalam resume .Sedikit kesalahan tatabahasa boleh menyebabkan resume anda ditolak walaupun penemuduga belum sempat membacanya.

Sekian,beberapa tips mudah  panduan contoh resume Lepasan Graduan dan spm dari contohresume.com.

 

 

 

Lima Perkara Penting Sebelum Membina Resume

Tanpa resume ,anda sukar mendapatkan perkerjaan yang diinginkan.Sesebuah resume yang kreatif dan menarik memberikan bayangan terhadap majikan tentang pengalaman dahulu pemohon iaitu,kemahiran,pengalaman bekerja ,pencapaian dan matlamat masa hadapan.Persiapan resume  yang kurang kemas dan diberikan pula kepada majikan hanya satu pembuangan masa .Sebaiknya ,pemohon harus melihat beberapa faktor sebelum menyediakan resume . [Read more…]