Contoh Resume Pegawai Penerangan

Setiap kali mendapat temuduga kerja khasnya kerajaan,anda pastinya tercari-cari Contoh Resume yang boleh anda jadikan rujukan atau salinan untuk anda sesuaikan dengan biodata diri anda . Selain daripada ingin menampakkan kelainan anda juga inginkan resume anda dilihat sebagai medium yang boleh bercakap bagi anda umumnya.

Definisi tugas seorang pegawai penerangan adalah seperti berikut:

Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print’ Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.

Syarat Lantikan :

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,909.00 ] atau
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau
Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

……[+]……RESUME LENGKAP PEGAWAI PENERANGAN

Sekiranya anda mencari contoh resume bagi jawatan ini,anda boleh rujuk  post ini . Rujuk kemahiran ini untuk diselitkan bersama resume anda. Kemahiran yang diperlukan sebagai seorang pegawai penerangan:

  • Mempunyai daya komunikasi yang baik dan mampu menyampaikan maklumat dengan cekap.
  • Pendengar yang baik serta mempunyai tumpuan perhatian kepada maklumat yang disampaikan oleh pihak yang lain ,dan menjawab dengan penuh beretika tanpa menyampuk dengan tiba-tiba.
  • Mempuyai kemahiran kordinasi yang baik.
  • Bijak mengurus masa sendiri dan orang lain.
  • Daya analisis yang tinggi,menentukan bagaimana sistem ditetapkan dan perubahan ,operasi akan  menentukan kesan yang akan berlaku.

Buku Panduan Lulus Ujian Pegawai Penerangan S41

Contoh Resume Pegawai Penilaian

Menulis resume untuk pegawai penilaian boleh menjadi satu cabaran yang agak sukar bagi meraka yang tidak berpengalaman. Contoh resume bahasa melayu untuk jawatan ini  boleh membantu anda sebagai rujukan untuk mendapatkan resume yang anda kehendaki.

Sebelum anda menulis isi kandungannya,pastikan anda memasukkan maklumat seperti maklumat pekerjaan pegawai penilaian,kemahiran dan kemampuan sebagai pegawai penilaian. Ia penting untuk menunjukkan kesungguhan anda.  Sebagai contoh mudah ,sila rujuk contoh ini.

 …..[+]……RESUME LENGKAP PEGAWAI PENILAIAN

Hamidah Bte Hamidon
No 8. Taman Angsana
00000 Kok Lanas
Kota Bharu Kelantan

Objektif Kerjaya
Untuk mendapatkan kerjaya sebagai seorang pegawai penilaian dan peluang untuk saya menggunakan kemahiran dan kebolehan .
Maklumat Peribadi
Nama : Hamidah Bte Hamidon
No I/C:000000-03-0000
Umur: 24 Tahun
No Tel:000-0000000
Email:hamidahhamidon@contohresume.com
Status Perkahwinan:Bujang
Jantina :Perempuan
Alamat: No 8. Taman Angsana,00000 Kok Lanas,Kota Bharu Kelantan.

Maklumat Pendidikan

Sijil Pelajaran Malaysia (2005)
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan(Uitm 2007)

Ko-Kurikulum

Wakil Sekolah Pandu Puteri
Persatuan Pidato

Pengalaman Kerja
Pegawai Penilaian Syarikat Xyz Sdn Bhd. 2009 – Terkini
Membuat ukur periksa, menyelidik dan menganalisis butir-butir mengenai harta tanah bagi tujuan menyediakan laporan penilaian. Di samping itu menyelia dan melatih kakitangan bawahan.
Rujukan

 

Panduan Resume Dan Surat Iringan Kerja 2013

Anda mungkin diantara meraka yang masih tidak mempunyai pekerjaan yang diinginkan,bukan kerana anda tidak layak atau malas bekerja. Ia mungkin disebabkan faktor dalaman anda sendiri dan pelbagai lagi. Contoh dan surat iringan adalah elemen penting  yang bukan hanya membuka peluang anda ,tetapi memberi perspektif penting bagi profil anda.

>>>>Pakej Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan 

xc

Saya sepertinya  mengulang  benda yang sama setiap kali membuat post baru,tetapi post kali ini ingin saya himpunkan post terdahulu dan baru untuk membantu anda yang masih terkapai-kapai tentang bagaimana memulakan pencarian anda.

Panduan Menulis Resume  dimana anda akan didedahkan beberapa format resume . Post ini akan memberikan anda pembayang bagaimana menulis resume berdasarkan tahap pendidikan,pengalaman kerja dan perkembangan kerjaya.  Anda juga akan dapat  melihat contoh komponen yang harus ada didalam sesebuah resume yang lengkap.

Contoh Resume Bahasa Melayu merupakan resume yang mudah untuk diadaptasi,ia mencakupi setiap aspek didalam sesebuah resume. Walaupun telah berusia beberapa tahun,ia masih releven untuk digunakan bergantung bagaimana anda menggunakan dan mengadaptasi mengikut cara anda sendiri.

Contoh Surat Permohonan Kerja  dimana anda perlu menulis  surat permohonan untuk jawatan tertentu,walaupun hampir ramai diantara kita  tidak perlu lagi bantuan untuk  menyediakan surat iringan . Contoh ini boleh mebantu sekiranya memerlukan.

Terdapat pelbagai jenis jawatan didalam sektor awam. Antara resume awam yang telah ada di sini adalah seperti :

Update Terbaru

  1. Resume Penolong Pegawai Tadbir
  2. Resume Pembantu Tadbir (Kewangan)
  3. Resume Kerani (Pembantu Tadbir)
  4. Resume Juruteknik Komputer
  5. Resume Penolong Pegawai Perangkaan
  6. Resume Penolong Pegawai Antidadah
  7. Resume Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  8. Resume Pen. Pegawai Pembangunan Masyarakat
  9. Resume Juruteknik Mekanikal
  10. Resume Penolong Akauntan
  11. Resume Jurutera Awam
  12. Resume Pembantu Meteorologi
  13. Resume Peg. Khidmat Pelanggan
  14. Resume Peg. Farmasi
  15. Resume Pembantu Pertanian
  16. Resume Pembantu Pendaftaran
  17. Resume Renjer Hutan
  18. Resume Jurubahasa 

Bagaimana Menghantar Email Resume Dan Surat Permohonan Kerja merupakan post berkaitan bagaimana memohon pekerjaan melalui email,format biasa resume dan email diterangkan secara mudah yang membolehkan pemohon mengadaptasi segera.

Tidak cukup dengan resume biasa,reka bentuk resume yang menarik kadangkala boleh membantu anda mencapai impian. Koleksi Contoh Resume Adobe Photoshop download yang tertinggi:

Keseluruhan muat turun yang tercatat dari tahun 2010 hingga terkini adalah 100,186 ,pelbagai contoh dan surat rasmi dan lain-lain didalam akaun mediafire saya. Saya dapat merasakan inilah caranya bagaimana usaha saya selama ini berbayar.