Bagaimana Menghantar Email Resume Dan Surat Permohonan Kerja

Kepantasan era cyber kini memudahkan semua kesulitan yang wujud pada suatu masa dahulu. Membuat permohonan kerja melalui medium email merupakan antara kelebihan teknologi masa kini. Jika anda ingin memohon pekerjaan melalui email,ikutilah langkah-langkah mudah ini.

Jika anda mencari contoh resume dan surat permohonan kerja,anda boleh rujuk pada link ini.

Apabila anda membuat permohonan melalui email ,anda hendaklah menyediakan resume dan surat permohanan kerja . Penting untuk memastikan aturan format yang betul supaya majikan memperolehi maklumat anda.

Mulakan dengan save as  resume anda sebagai format word atau pdf ,gunakan nama jenis fail dan diikuti dengan nama anda contohnya sijilnamaanda.doc ,cvnamaanda.doc.

Email Surat Iringan Dan Resume

 Tips

1. Pemohon hendaklah meletakkan Title yang betul,seperti nama jawatan dan diikuti dengan nama anda .

2. Seperti gambar diatas yang mana diambil daripada salah satu contoh surat permohonan kerja blog contohresume.com,ringkasan   mudah format biasa email. Anda boleh gunakan alamat ataupun tidak.Mulakan nama penerima seperti tuan/puan.

3. Title permohonan anda.

4. Diakhir  email ,letakkan tandatangan anda ,diikuti dengan nombor telefon.

Bagaimana Email Resume Kepada Majikan

Salah satu cabaran terbesar bagi pemohon perkerjaan adalah memastikan resume selamat sampai di meja majikan. Tanpa perhatian yang telus,resume yang bakal anda emailkan kepada bakal majikan mungkin tidak diformat dengan betul dan kaya dengan kesalahan yang boleh menjejaskan permohonan anda.

Antara tips yang boleh membantu membaiki kemahiran penghantaran email resume yang baik adalah dengan berlatih menghantar resume tersebut kepada email anda sendiri,email kepada sahabat dan juga kenalan dapat membantu anda dengan pendapat bernas meraka tentang format resume yang digunakan.

Buat satu muka surat resume yang baik dan bermutu tinggi. anda boleh dapatkan contoh didalam internet. Jangan memasukkan sebarang simbol,gambar,hak cipta ciplak yang boleh menjejaskan penampilan resume anda .

Berhati-hati sewaktu meletakkan tajuk didalam email resume anda,jangan memulakan tajuk resume anda dengan tajuk yang kelihatan seperti spam contohnya:peluang kerja,minta kerja,perkerja yang berdedikasi ,sebaliknya anda boleh gunakan susunan ayat seperti”Resume permohonan untuk jawatan penyambut tetamu”. Cari contoh yang sedia ada boleh membantu sebagai panduan yang berguna .