Contoh Resume Juruteknik Komputer

Adapun contoh resume ini adalah percuma ,adalah sebaik-baiknya jika anda menggunakan  kuasa edit anda sendiri bagi menampakkan kesungguhan dan semangat.sekian sila download .

Resume juruteknik komputer ini  khas ditujukan kepada lepasan  pemohon jawatan juruteknik komputer dan bersamaan sewaktu dengannya ,sekian ,terima kasih kerana singgah di sini .

Daftar Langganan Untuk Muat Turun Contoh Resume Juruteknik Komputer FT19

 

Contoh Resume White Rainbow

Contoh Resume White Rainbow khas buat meraka yang inginkan resume yang ringkas dan bersih .  Tanpa memerlukan ilmu kemahiran yang  tinggi,bakat bukanlah syarat untuk anda yang inginkan sesuatu yang berbeza setiap kali membuat permohonan kerja.

Perbezaan ketara antara kurikulum vitae dan resume

Kurikulum vitae boleh melebihi  dua atau lebih muka surat, sinopsis yang  lebih terperinci  tentang latar belakang dan kemahiran anda.  Resume merupakan ringkasan tentang maklumat diri,pendidikan,pengalaman .

 Muat Turun: Contoh Resume White Rainbow

Contoh Resume Pegawai Penilaian

Menulis resume untuk pegawai penilaian boleh menjadi satu cabaran yang agak sukar bagi meraka yang tidak berpengalaman. Contoh resume bahasa melayu untuk jawatan ini  boleh membantu anda sebagai rujukan untuk mendapatkan resume yang anda kehendaki.

Sebelum anda menulis isi kandungannya,pastikan anda memasukkan maklumat seperti maklumat pekerjaan pegawai penilaian,kemahiran dan kemampuan sebagai pegawai penilaian. Ia penting untuk menunjukkan kesungguhan anda.  Sebagai contoh mudah ,sila rujuk contoh ini.

 …..[+]……RESUME LENGKAP PEGAWAI PENILAIAN

Hamidah Bte Hamidon
No 8. Taman Angsana
00000 Kok Lanas
Kota Bharu Kelantan

Objektif Kerjaya
Untuk mendapatkan kerjaya sebagai seorang pegawai penilaian dan peluang untuk saya menggunakan kemahiran dan kebolehan .
Maklumat Peribadi
Nama : Hamidah Bte Hamidon
No I/C:000000-03-0000
Umur: 24 Tahun
No Tel:000-0000000
Email:hamidahhamidon@contohresume.com
Status Perkahwinan:Bujang
Jantina :Perempuan
Alamat: No 8. Taman Angsana,00000 Kok Lanas,Kota Bharu Kelantan.

Maklumat Pendidikan

Sijil Pelajaran Malaysia (2005)
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan(Uitm 2007)

Ko-Kurikulum

Wakil Sekolah Pandu Puteri
Persatuan Pidato

Pengalaman Kerja
Pegawai Penilaian Syarikat Xyz Sdn Bhd. 2009 – Terkini
Membuat ukur periksa, menyelidik dan menganalisis butir-butir mengenai harta tanah bagi tujuan menyediakan laporan penilaian. Di samping itu menyelia dan melatih kakitangan bawahan.
Rujukan

 

Contoh Resume Update White Rainbow

Saya telah pun mengedit kembali  white rainbow  ini. Kelihatan serupa tetapi telah diolah sedikit pencahayaan kreatif.  Walaupun kelihatan santai rapuh,saya telah menyempurnakan sedikit susunan supaya ia kelihatan kemas.

Post ini bagi permintaan pengunjung blog ini yang telah menghubungi saya secara email. Saya ingin meminta maaf sekiranya tidak menepati permintaan anda ,ini adalah usaha yang terbaik dari saya.

Contoh  ini sesuai bagi meraka yang  sukakan grafik  kreatif ,namun saya menasihatkan agar berhati-hati apabila menggunakan contoh  ini untuk memohon  jawatan yang tertentu .

Sekian ,selamat berjaya .

Muat Turun contoh resume white rainbow 

rainbow

Membaiki Kandungan Resume Anda

Kunci utama didalam penulisan resume adalah mengutamakan pengalaman kerja dan diikuti dengan elemen lain yang membentuk personaliti didalam resume. Apabila anda cuba memasukkan maklumat didalam resume,utamakan pencapaian anda dengan menyatakan kepentingan,pencapaian dan kerja yang berkaitan permohonan anda.

Tulis Maklumat Yang jelas dan terang

Apabila anda inginkan Sebuah resume yang terbaik,anda sudah pastinya terbayang bagaimanakah reaksi si pembaca resume anda. Letakkan diri anda pada kedudukan sebagai majikan akan membantu anda memberi sedikit – hint tentang bagaimana resume tersebut berupaya meletakkan diri anda sebagai calon terbaik.

Pastikan setiap perenggan kenyataan yang anda tulis dapat membantu majikan apa yang beliau inginkan. Contohnya,sebagai eksekutif jualan ,pastinya setiap 80% faktor adalah kemahiran jualan,kemahiran komunikasi dan sebagainya. Pentingnya anda nyatakan elemen angka, dan sebagainya yang dapat membantu anda terpilih.

Walau bagaimana pun anda seharusnya pilih mana-mana kaitan pengalaman kerja atau kemahiran yang relevan  dengan kaitan tugas anda walaupun sesetengah yang anda nyatakan kelihatan mudah dan singkat,ia mungkin membantu majikan anda untuk mudah mengingatinya.