Membaiki Kandungan Resume Anda

Kunci utama didalam penulisan resume adalah mengutamakan pengalaman kerja dan diikuti dengan elemen lain yang membentuk personaliti didalam resume. Apabila anda cuba memasukkan maklumat didalam resume,utamakan pencapaian anda dengan menyatakan kepentingan,pencapaian dan kerja yang berkaitan permohonan anda.

Tulis Maklumat Yang jelas dan terang

Apabila anda inginkan Sebuah resume yang terbaik,anda sudah pastinya terbayang bagaimanakah reaksi si pembaca resume anda. Letakkan diri anda pada kedudukan sebagai majikan akan membantu anda memberi sedikit – hint tentang bagaimana resume tersebut berupaya meletakkan diri anda sebagai calon terbaik.

Pastikan setiap perenggan kenyataan yang anda tulis dapat membantu majikan apa yang beliau inginkan. Contohnya,sebagai eksekutif jualan ,pastinya setiap 80% faktor adalah kemahiran jualan,kemahiran komunikasi dan sebagainya. Pentingnya anda nyatakan elemen angka, dan sebagainya yang dapat membantu anda terpilih.

Walau bagaimana pun anda seharusnya pilih mana-mana kaitan pengalaman kerja atau kemahiran yang relevan  dengan kaitan tugas anda walaupun sesetengah yang anda nyatakan kelihatan mudah dan singkat,ia mungkin membantu majikan anda untuk mudah mengingatinya.

 

Contoh Resume Pembantu Pertanian

Contoh Resume pembantu pertanian ini khas buat meraka yang memiliki pengkhususan didalam jurusan pertanian,lantas penggunaan resume merupakan suatu keperluan untuk meraka yang ingin memohon jawatan didalam jabatan pertanian khasnya pembantu pertanian,walaupun begitu tidak semestinya dihadkan kepada pembantu pertanian sahaja . Anda boleh merujuk contoh ini sebagai resume lengkap anda.

Jawatan sebagai pembantu pertanian untuk meraka yang menjalankan tugas pengembangan termasuk kerja-kerja merancang, melaksana, menilai, mengesan program-program pembangunan melalui pelaksanaan projek perladangan berkelompok menurut deskripsi tugas laman web rasmi spa.

Muat Turun  Contoh Resume Pembantu Pertanian

h87g

Format Terbaru Contoh Resume 2013

Seperti mana yang kita semua maklum,resume adalah penting untuk  membantu kita memperolehi sesuatu permohonan,jika anda melakukannya secara lewa maka begitu juga layanan yang sama dari pihak majikan. Berikan perhatian yang khusus ketika menulis isi-isi kandungan resume. Kebiasaannya Contoh Resume yang ada pada masa kini menekankan penggunaan objektif perkerjaan,tetapi kini anda boleh menggantikan objektif kepada profil yang mudah menerangkan huraian tugasan anda.

resume hebat

Apakah itu resume profil

Resume profil adalah huraian atau ringkasan tentang tugasan anda,kemahiran dan pengalaman didalam ringkasan ayat  yang sederhana panjang tetapi berkesan untuk menarik perhatian pegawai penemuduga dan majikan. Biasa digunakan didalam surat iringan tetapi dipendekkan dengan ringkasan yang tepat dan padat.  Resume profil mengambil kata kunci yang dapat membantu meningkatkan penglihatan penemuduga didalam kaitan kerja yang terlibat.

Kebaikan yang dapat dibezakan antara penggunaan objektif dengan profil adalah dapat membantu resume si pemohon kelihatan berketrampilan diantara ratusan ribu pemohon kerja yang lain. Kita semua menyedari bahawa tidak semua penemuduga memiliki masa yang panjang untuk meneliti  setiap perkataan didalam resume setiap pemohon,dan setiap kali membaca resume pemohon majikan atau penemuduga lebih cenderung membaca bahagian bawah header resume  anda. Jadi,wajarlah si pemohon mengambil kesempatan ini untuk memberikan gambaran profil yang baik dan menarik perhatian.

Walaubagaimanapun,cara ini tidak menjanjikan anda akan mendapat setiap jemputan temuduga . Ia juga bergantung bagaimana anda menggarap resume anda. Anda meletakkan objektif kerjaya untuk mennyatakan apa yang mahu tetapi bagi profil anda sebenarnya menawarkan apa yang anda mahir dan berpengalaman kepada majikan. Contoh mudah objektif biasa adalah “mekanik berpengalaman mencari jawatan di syarikat XZC” manakala bagi profil pula ialah “mekanik berpengalaman selama 2 tahun disyarikat VZC”. Jadi,penting untuk perhatikan apa yang penting dan sesuai untuk sesuatu jawatan ,jabatan/syarikat dan lokasi.

Jika anda masih tercari bagaimana ingin memulakan menulis resume ,cuba lihat dientry-entry lepas ini.

Koleksi Contoh Resume  |  Surat Iringan