post

Tips mencari kerja dan berjaya dalam temuduga

Adakah anda graduan baru dan merancang untuk mencari kerja? Adakah anda baru sahaja berhenti kerja dan mencari ruang kerja baru yang interaktif? Adakah anda menganggur dan mempunyai sedikit pengalaman mengenai cara-cara untuk mendapatkan pekerjaan? Apapun situasi anda,tips berikut pasti membantu anda memperoleh sedikit info dalam kerjaya anda :

Periksa resume anda dari sebarang  kesilapan 

Sebelum menghantar resume anda kepada bakal majikan,semak resume anda untuk membuat  pembetulan sekurang-kurangnya tiga kali sebelum penyerahan resume. Selepas menyelidik tentang info jawatan tersebut,ia adalah penting untuk mengetahuai  format resume yang betul untuk memenuhi syarat jawatan tersebut. Sebagai contoh, jika anda memohon kerja perakaunan,anda perlu meletakkan secara terperinci pengalaman perakaunan anda pada resume anda. Kesilapan menaip dan tatabahasa tidaklah digalakkan.  Resume yang baik seharusnya tidak boleh melebihi 2 muka surat dan tidak terlalu panjang kandungan resume.

Menerima cabaran temu duga 

Satu tinjauan yang dijalankan oleh  kakitangan dan firma perunding yang berpangkalan di selangor menanggarkan 1400 pegawai eksekutif kewangan menyimpulkan bahawa kegagalan permohonan kerja adalah disebabkan hasil temuduga meraka. Beberapa kesilapan yang dibuat termasuk  tiba lewat, mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai syarikat dan kedudukan yang dipohon, dan mempunyai sikap sambil lewa dan angkuh. Bahasa badan pemohon juga perlu menunjukkan bahawa anda yakin tetapi tidak melampaui batas sehingga mendatangkan ketidakselesaan penemuduga. Pemohon  mesti mengekalkan hubungan mata,harus berjabat tangan dengan kemas,dan elakkan menyilang tangan menunjukkan kehebatan anda. Memakai pakaian yang sesuai adalah amat penting untuk menonjolkan pendirian teguh dan berkeyakinan .

Tips menjawab soalan temuduga 

Satu kesilapan yang kerap dialami pemohon baru adalah tekanan dan lupa untuk menjawab persoalan yang diberikan,ini menunjukkan bahawa mereka tidak membuat persiapan  untuk menghadapi temuduga. Adalah penting untuk membuat penyelidikan mengenai syarikat dan kedudukan yang dipohon untuk mencegah kesan sampingan  semasa temu duga. Jika anda tidak tahu jawapan kepada soalan-soalan yang diminta, ia adalah lebih baik untuk mengaku sahaja bahawa anda tidak tahu jawapan kepada soalan dan nyatakan  bahawa anda boleh  membuat penyelidikan mengenainya.

Permohonan secara online

Dengan trend teknologi semasa dan penggabungan  dengan proses perniagaan,semakin banyak syarikat kini memerlukan bakal pemohon mengemukakan permohonan mereka secara online. Oleh itu, tanggapan pertama anda tidak diukur melalui penampilan tetapi melalui   kualiti kandungan e-mel anda. E-mel mengenai permohonan kerja perlu digilap dan ditingkatkan mutu dan kualiti. Apabila memohon secara on-line, gunakan tips berikut:

Lengkapkan Susun atur ayat-ayat anda dan elakkan gunakan singkatan yang mudah 

Majikan tidak menyukai jika anda menghantar permohonan menggunakan singkatan ayat yang terlalu mudah. Ia adalah penting untuk membuat format resume yang betul dan  ditulis dengan baik. Ini memberikan gambaran yang baik tentang keupayaan dan kemahiran anda.

Mempertimbangkan isu-isu yang mungkin menghalang anda daripada mendapat kerja 

Walaupun terdapat keadaan di mana terdapat banyak keperluan untuk pekerjaan tetapi syarat untuk jawatan itu mungkin memerlukan program latihan yang boleh menghalang anda daripada mendapat peluang kerana persaingan semula jadi yang tinggi. Sesetengah syarat jawatan memerlukan pengalaman kerja yang bertahun.

Mendapatkan pekerjaan yang anda mahu boleh menjadi satu cabaran tetapi jangan sesekali berputus harap. Adalah lebih baik untuk menunggu seketika dan mendapatkan pekerjaan yang anda akan menikmati dan bukannya mendapatkan pekerjaan secepat mungkin tetapi berakhir dengan hati yang rungsing. Buatlah keputusan yang betul dan rebutlah peluang yang ada.

post

Bagaimana buat objektif resume untuk para lepasan universiti

Resume yang baik adalah terdiri dari komponen mudah seperti maklumat diri,maklumat akademik,pengalaman kerja dan komponen asas yang lain. Namun untuk  memastikan tujuan utama penghasilan resume menjadi, menulis resume yang mampu memberikan tawaran kerja sebaik anda menghantar resume untuk bakal majikan yang berpotensi adalah matlamat pertama pemohon perkerjaan. Objektif resume adalah satu komponen yang penting dan kerap pemohon tidak ambil peduli didalam fasa permohonan kerja .

Berdasarkan pandangan pakar-pakar,susunan objektif resume yang menarik mampu menarik minat majikan untuk memahami kelebihan  dan kemahiran yang ada pada si pemohon.

Menulis objektif resume tidak memerlukan peggunanan susunan perkataan yang banyak kerana kebanyakan majikan mempunyai masa yang terhad untuk menilai resume anda,pilih perkataan yang mampu menerangkan kemahiran dan kelebihan yang ada pada diri anda dan padankan dengan jawatan yang diiklankan,dengan itu resume yang anda hasilkan lebih relevan dan menarik. Objektif resume yang baik tidak harus melebihi 3 baris perkataan,pendekkan ayat tersebut dengan ayat pilihan sinonim yang baik.

Salah satu punca objektif resume yang ditulis tidak memberi maklum balas yang baik kepada si pemohon adalah disebabkan pemohon lebih suka menyalin terus salinan objektif resume didalam mana jua sumber. Tulis objektif resume berdasarkan keperluan syarat jawatan  tersebut contohnya;untuk mendapatkan jawatan xxxx  dan peluang untuk saya menggunakan xxxx,sebaliknya gunakan pendekatan seperti sumbangan dan kekuatan yang boleh anda berikan kepada jawatan tersebut seperti,pengurusan masa yang baik,komunikasi dan sebagainya.

Setiap susunan ayat objektif resume adalah penting untuk menyampaikan maklumat yang diinginkan oleh para majikan,oleh itu jika anda masih  was-was dengan resume anda,dapatkan pandangan dan penilaian dari pihak yang boleh dipercayai dan mampu membetulkan kesilapan anda.

 

 

post

Tips buat resume dengan google resume template

Tahukah anda,google mempunyai deretan resume template yang percuma untuk digunakan di dalam galeri templatenya. Kegunaan resume template akan membantu anda membina resume yang terbaik kerana menggunakan template,ia akan memudahkan anda meletakkan isi-isi yang penting tanpa perlu memikirkan kesilapan format . Pilih resume template yang kelihatan professional dapat membantu menyerlahkan resume format terbaik anda .

Langkah isi resume template di google template

  •  Sila buka browser anda dan taipkan docs.google.com dan log in ke akaun anda,daftar jika anda masih belum berdaftar.
  •  Klik butang “create” di ruangan tepi kolum. Klik “from template” pilihan butang menu . Kemudian Galeri template akan dibuka pada ruangan browser yang baru.
  • Taip “resume” pada ruangan teratas dan klik butang “search template”. Hasil carian akan terpapar kemudian.
  • Lakukan carian pada mana-mana resume template yang anda berkenan untuk digunakan. Anda juga boleh preview setiap resume template tersebut .
  • Setelah anda menemui resume template yang dipilih klik”use this template” dan resume template tersebut akan muncul pada ruangan tab browser yang baru.
  • Isikan maklumat yang diperlukan atau gantikan dengan maklumat sedia ada dengan maklumat anda pada resume template tersebut. Google docs akan menyimpan maklumat anda secara automatik dengan segera sebaik anda anda menekan button save,maklumat ini akan tersimpan didalam akaun google anda.
  • Klik “file” dibawah menu bahagian tajuk dan pilih “download as” pilih man-mana pilihan bagi “word”. Jika anda download sebagai file word ,anda boleh buka menggunakan aplikasi Microsoft word .

Sekian,beberapa tips mudah alternatif bagi resume template . Bagi yang sudah download anda boleh print dan seterusnya menilai resume tersebut .

post

Menulis resume untuk kerja bukan mainan

Memohon pekerjaan bukanlah satu permainan yang anda harus praktikkan, di sini anda mempertaruhkan semua hasil usaha yang telah anda mulakan sejak anda menjejakkan kaki di tadika mahu pun sekolah asuhan. Anda seharusnya bersedia menulis resume untuk kerja pada waktu yang anda tidak jangkakan.

Menghantar resume yang sama untuk setiap permohonan yang baru mungkin tidak sama dengan  syarat jawatan yang dikehendaki majikan , jika anda mahu menarik perhatian majikan , anda harus tahu bagaimana untuk berikan  setiap perincian yang meraka mahukan. Bagi setiap permohonan yang dihantar , pastikan anda ukur setiap perbezaan di antara resume untuk kerja yang dihantar bagi membolehkan anda mengesan kekuatan dan meningkatkan perhatian kepada diri anda . [Read more…]

post

5 Kesilapan kecil ketika menulis resume

Menghasilkan resume yang menarik adalah berdasarkan struktur format yang ditetapkan serta isi-isi yang menyakinkan penemuduga ,namun beberapa kesilapan yang kecil akan menyebabkan permohonan anda ditolak mahupun diperam berbulan lamanya .

Resume sample in english

Kebiasaannya , lepasan sekolah mahupun graduan akan memulakan sesi mencari perkerjaan selepas tamat pengajian . Malangnya sesetengah individu begitu mudah mengambil peluang yang ada dengan menggunakan resume yang dicopy paste sahaja ,! jangan terkejut sememangnya situasi ini pernah berlaku , seperti yang sebelumnya peratusan kegagalan punca gagal temuduga adalah disebabkan kelalian pemohon itu sendiri .

Keburukan Menyalin Contoh Resume Di internet [Read more…]

post

Tatacara menulis resume mengikut format terkini

Menulis resume yang berkesan adalah berdasarkan format yang digarisi , resume yang diiktirafkan sebagai menepati standard format yang ditetapkan mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding dengan resume yang ditulis secara rawak . Sebagai panduan mudah bagi sesiapa yang ingin merujuk lambakan  contoh resume  yang berada di internet adalah disyorkan supaya sentiasa peka terhadap format yang digunakan .

Pelajar  atau pun sesiapa pun juga boleh mencari panduan menulis resume berdasarkan format melalui daripada bahan bacaan ilmiah yang mudah untuk didapati sama ada perpustakaan mahupun kedai buku , bagi sesetengah posisi perkerjaan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat mungkin berbeza dengan contoh resume format terkini,contohya ; perkerjaan yang ditawarkan bagi perkerja mahir dengan separuh mahir adalah berbeza dari fungsi format resume .

Seperti yang sedia maklum , sebelum mebuat resume anda seharusnya tahu apakah format fungsi jenis resume pilihan anda , format fungsi resume terbahagi kepada dua iaitu resume fungsian dan resume kronologi , resume fungsian adalah sesuai bagi individu yang baru memulakan kerjaya dan hanya mempunyai kemahiran dan bukan pengalaman kerja , manakala resume kronologi pula ialah format resume yang khas bagi individu yang mempunyai sejarah kerjaya dan pengalaman kerja yang lama . [Read more…]