Surat Rayuan Mohon Kerja Semula

Bertukar kerjaya bagi meraka yang inginkan gaji yang tinggi ,persekitaran kerja baru yang menarik atau bos yang  baru mungkin antara pilihan ramai yang menjadikan faktor bertukar kerjaya setiap tahun. Pekerjaan baru adalah impian meraka yang inginkan perubahan setelah bertahun-tahun kerja tetapi masih tidak meningkat pendapatan gajinya. Walaupun begitu,tak semua yang kita harapkan akan menjadi apa yang kita inginkan.  Post ini khas bagi permintaan pengunjung yang kerap menghantar email dan komen daripada entry ini agar saya membuat contoh surat rayuan mohon kerja semula .

Muat Turun Contoh Surat Rayuan Mohon Kerja Semula  

 

Kamis Bin Razman Isnin
No 02,Taman sena leng lui
,02400 mukim padang rotan
Johor Darul Takzim

Tuan Pengurus ,
Kilang Botol Kicap Sdn Bhd,
05477 Pulau Tioman,
Perak Darul Ridzuan

Tuan,

Rayuan Kerja Semula

Seperti yang tuan sedia maklum,saya baru-baru ini telah memulakan kerjaya baru di sebuah syarikat XXXX. Walaubagaimanapun,tidak seperti yang saya harapkan iaitu jawatan dan persekitaran kerja disitu tidak menepati ciri-ciri jawatan yang saya inginkan. Dengan itu,saya menulis surat rayuan kerja semula dari syarikat Kilang Botol Kicap Sdn Bhd.

Dengan rendah hatinya,saya amat menyesali dengan keputusan saya meletakkan jawatan dan jika tuan sudi menambil semula saya untuk bekerja dengan syarikat tuan. Saya pasti akan memberikan komitmen yang jitu kepada syarikat.

Jika syarikat mengambil saya untuk bekerja semula dan jika jawatan terdahulu kepunyaan saya telah diisi,saya sedar dan memahami keputusan syarikat . Walaupun begitu,saya juga berminat jika ada kekosongan jawatan lain yang boleh saya pohon.

Saya amat berterima kasih kerana syarikat sudi meluangkan sejenak waktu untuk pertimbangan permohonan kerja saya ini. Saya nantikan jawapan dari tuan dan bersedia untuk perbincangan pada bila-bila masa yang tuan tetapkan.

Sekian,terima kasih.

Kamis Bin Razman Isnin

 

Comments

  1. surat macam nih kena ada jugak standby.. penting kot2 company yang baru nak kerja sana tuh.. tiba2 bangkrup ke, dalam proses mahkamah je.. takpun, tiba2 ada masalah lain yang tak dapat dielakkan.. mesti bagi alasan yang kukuh.. sebab nak tampung keperluan bulanan bukan sikit tuh.. melainkan dah nekad tak mahu kerja tempat tuh.. tak payah lah nak buat surat b=nih

Speak Your Mind

*