Serangan Panik -Tips merawat serangan panik

Tajuk: Serangan Panik

  • Relax,senangkan diri
  • Berhenti  fikir negatif
  • Guna  ayat ulangan
  • Redha perasaan anda

1.Relax,senangkan diri

Rehatkan diri dengan mengambil  nafas yang perlahan,dalam  dan panjang. Sabarkan diri dengan mengingatkan diri anda bahawa anda sedang mengalami  serangan panik  dan tiada perkara yang lebih serius akan berlaku kepada anda. Teruskan dengan mengambil  nafas yang perlahan dan panjang ,akan membantu merehatkan badan anda  dan menurunkan tekanan adrenalin didalam badan anda.

2.Berhenti  fikir negatif

Henti fikir negatif dengan menjerit perkataan !!henti!!betul-betul kuat didalam kepala anda .  Dengan menjerit !!henti !!anda akan menganggu mesej kecemasan  yang dihantar oleh otak anda kepada sistem adrenalin anda. Ramai orang yang mengalami serangan panik terperangkap didalam situasi memikir perkara ulang-ulangan didlam kepala meraka.  Mengakhiri gangguan ini memberikan anda peluang untuk menggantikan mesej menakutkan dengan mesej yang menenangkan.

3.Guna  ayat ulangan

Ayat ulangan adalah pernyataan positif  yang  lebih kurang  sama kuat dengan pernyataan  ketakutan didalam kepala anda itu. Gantikan pemikiran negatif dengan pemikiran yang positif.

Contohnya,jika anda fikir bahawa anda sedang mengalami sakit jantung(ketakutan biasa sewaktu serangan panik) dan kemudian anda mungkin akan fikirkan didalam kepala anda seperti”oh tidak,aku terkena serangan jantung “atau,”oh tuhanku,aku akan mati”  selepas anda menjerit perkataan !!henti!!dan segera gantikan pemikiran yang menakutkan itu dengan pernyataan positif yang boleh boleh membantu menenangkan perasaan  seperti “aku tengah mengalami serangan panik dan ia akan berhenti dalam 2,3 minit lagi”atau”ketakutan ini membuat hati ku berdegup kencang ,jantungku baik aje.

Sediakan satu nota kecil,adakan sumbangsaran idea  yang  mana mengakbatkan situasi ketakutan kepada anda dan kemudian buat satu senarai panjang ayat ulangan positif yang anda boleh gunakan sewaktu mengalami serangan panik

Peringatan:jika  punca ketakutan anda berpunca dari situasi bahaya yang sebenar ,anda harus  mencari alternatif lain untuk menangani situasi ini atau  berjumpa dengan doktor yang bertauliah.

4.Redha perasaan anda,tawakkal

Menerima dan redha dengan perasaan anda adalah sangat penting.

Mulakan dengan mengenal pasti apakan jenis emosi yang anda alami. Kebanyakan serangan panik berpunca daripada ketakutan emosi  . Kenalpasti  emosi yang anda rasakan dan cari sebab ia  berlaku

Sahkan perasaan yang anda alami dan sebab  untuknya. Jika anda menghadapi serangan panik  sebelum memberi ucapan,maka anda takut kerana ia mengerunkan anda. Ketakutan memberi ucapan adalah punca biasa ketakutan dan panik.  Jika anda takut mengalami sakit jantung ,ia adalah betul untuk merasa takut.

Ketakutan adalah emosi positif yang mengingatkan anda untuk menjaga diri ,dengarlah perasaan anda,jaga diri dan kekalkan persekitaran sihat.

 

 

 

Comments

  1. ok. tips yang bagus. leh copy dan simpan kat notepad.

  2. Selain daripada tips diatas,anda yang mengalami serangan panik boleh juga menggunakan kaedah ini iaitu ,buatkan satu beg surat khabar atau kertas dan tekup mulut anda dan hidung ,anda harus bernafas menggunakan beg kertas tersebut. Lakukan beberapa minit sehingga anda dapat mengawal emosi anda kembali.

Speak Your Mind

*