Resume 2018

Resume adalah komponen penting yang perlu anda titikberatkan selain menimbangtara faktor lain seperti penampilan,kelulusan akademik dan sahsiah diri, resume yang lengkap,padat dengan penerangan yang mencakupi setiap aspek didalam diri pemohon dan ianya penting bagi pertimbangan juri-juri panel dalam pemilihan calon yang sesuai dalam mengisi kekosongan jawatan didalam sesebuah badan organisasi. Berikut adalah Contoh Resume Bahasa Melayu yang boleh digunakan sebagai panduan untuk melengkapkan resume anda .

DOWNLOAD: Contoh Resume 01contoh resume

Tips Mula Menulis Resume Untuk Kerja

Menulis biodata diri adalah satu tugasan mudah, hampir semua boleh lakukannya kerana ia merupakan maklumat kita semua serba maklum namun apa yang sukarnya adalah bagaimana ia boleh menjadi satu dokumen lengkap yang membentuk profil diri yang menjelaskan secara terperinci dengan apa yang majikan mahukan. Ianya mudah jika anda membentuk profil diri iaitu (resume) berpandukan contoh yang sedia ada dan apa yang penting apakah format yang sesuai dengan kelayakan dan pencapaian anda. Inilah apa yang dunia institusi pekerjaan melabelkannya sebagai format resume ,secara amnya jika anda membuat carian secara online dan menemukan banyak jenis fungsi profil diri iaitu,kurikulum vitae,resume untuk intern,resume untuk meraka yang telah lama bekerja dan sebagainya. Anda akan lihat perbezaan ketara diantara resume ini. Untuk lanjutan maklumat format dan panduan menulis resume berdasarkan kelayakan anda ,rujuk artikel ini Panduan Menulis Resume.

Contoh Resume Sektor Awam

Ketika artikel ini dibuat ramai rakyat malaysia yang berkelayakan telah berjaya melepasi tapisan untuk sesi temuduga, pada kesempatan itu banyak contoh dan panduan telah dihasilkan sejak tahun 2011 untuk membantu para calon SPA mnejadikan contoh contoh dibawah sebagai garis panduan untuk meraka melakar profil diri yang lengkap ,tersusun dan ringkas untuk dibaca oleh panel temduga yang dihormati.

Contoh resume dibawah adalah salah satu inisiatif untuk membantu menjadikan ia sebagai garis pengukur kepada kelayakan ,kemahiran dan pengalaman untuk menjadi pelengkap kepada resume anda.

Resume Khas Untuk Penjawat Awam adalah seeperti berikut :

    1. Resume Penolong Pegawai Tadbir
    2. Resume Pembantu Tadbir (Kewangan)
    3. Resume Kerani (Pembantu Tadbir)
    4. Resume Juruteknik Komputer
    5. Resume Penolong Pegawai Perangkaan
    6. Resume Penolong Pegawai Antidadah
    7. Resume Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
    8. Resume Pen. Pegawai Pembangunan Masyarakat
    9. Resume Juruteknik Mekanikal
    10. Resume Penolong Akauntan
    11. Resume Jurutera Awam
    12. Resume Pembantu Meteorologi
    13. Resume Peg. Khidmat Pelanggan
    14. Resume Peg. Farmasi
    15. Resume Pembantu Pertanian
    16. Resume Pembantu Pendaftaran
    17. Resume Renjer Hutan
    18. Resume Jurubahasa