Rahsia Resume – Faktor Kejayaan Membuat Resume

Apakah sebenarnya yang anda faham tentang – Resume dan bagaimanakah resume yang mampu berkata-kata untuk anda . Resume yang sememangnya senjata utama bagi anda yang memburu perkerjaan yang diminati,lantas adalah penting untuk menghasilkan resume yang bakal mengubah hidup anda pada masa kini dan hadapan.

Sebagai seorang pemburu perkerjaan,memiliki pengalaman kerja adalah satu insentif yang penting,manakala kemahiran merupakan modal yang sentiasa mendapat permintaan terhadap penawar perkerjaan. Maka dengan elemen-elemen ini,pemohon khasnya memiliki peluang yang lebih cerah memilih organisasi yang diminati dan mudah mendapat peluang perkerjaan berbanding  ratusan ribu pemohon yang lain.

Justeru itu,penting bagi pemohon mengetahui jenis-jenis resume dan fungsi setiap kategori.

Diperingkat antarabangsa kini,terdapat 4 jenis resume yang berlainan dan fungsi.

  • Resume Kronologi
  • Resume Fungsian
  • Resume Gabungan
  • Resume Imbasan

Resume Kronologi

Fungsi resume kronologi adalah mula dengan menyenaraikan sejarah perkerjaaan anda,diikuti dengan posisi perkerjaan terbaru dan maklumat pendidikan serta kemahiran. Setiap kategori yang digunakan secara terbalik mengikut aturan kronologi sesuai untuk meraka yang mempunyai pengalaman kerja yang stabil,didalam tempoh masa yang panjang.

Contoh Format resume kronologi

  • Nama Penuh
  • Alamat
  • Email/No Tel
Pengalaman Professional/Pengalaman Kerja
  • Kerja terdahulu
  • Kerja Sekarang/terkini
Makmumat Pendidikan
Maklumat Kemahiran

Resume Fungsian 

Berikut tentang fungsi resume fungsian,resume yang fokus kepada elemen kemahiran dan pengalaman. Berbeza dengan resume kronologi ,resume fungsian lebih berguna untuk meraka yang tidak mempunyai sejarah kerja yang panjang,untuk meraka yang baru memulakan kerjaya .

Contoh Format resume Fungsian

  • Nama Penuh
  • Alamat
  • Email/No Tel

Objektif Perkerjaan/Objektif Resume

Ringkasan Kelayakan/Rumusan Kerjaya

Pencapaian/Pengalaman didalam bidang yang berkaitan

Pendidikan

Resume Gabungan 

Resume yang menggabungkan format terbaik antara resume kronologi dan fungsian .  Ia boleh jadi resume kronologi yang pendek dan huraian  deskripsi perkerjaan  ,didahului dengan kemahiran dan pencapaian .

Contoh Format resume  Gabungan

  • Nama Penuh
  • Alamat
  • Email/No Tel

Objektif Perkerjaan/Objektif Resume

Maklumat Kemahiran

Pencapaian/Pengalaman didalam bidang yang berkaitan

Pengalaman Professional/Pengalaman Kerja
Makmumat Pendidikan

Resume Imbasan

Resume yang diimbas melalui pengimbas (scanner)  perisian optical character recognition  yang mengimbas kata kunci utama . Resume imbasan bukan format resume tetapi lebih menekankan kepada penggunaan kata kunci . Hampir kebanyakkan syarikat yang besar kini menggunakan (ocr) untuk menjimatkan masa dan ketepatan. Kaedah yang sama seperti kaedah biasa untuk membantu anda mendapatkan perkerjaan. Resume yang diimbas mencari kata kunci sebanyak 95 peratus untuk membolehkan pemohon layak untuk menjalani temuduga. Klik simple resume  untuk maklumat seterusnya .

Comments

  1. purplezone says:

    Terima kasih kerana share maklumat berkenaan resume di sini. Baru skg saya tahu ada jenis/format resume. tq

Speak Your Mind

*