Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41

Peperiksaan online PTD atau pegawai tadbir diplomatik m41 akan dijalankan pada 23 Nov ini. Persoalannya kini adakah calon sudah bersedia. Walaubagaimanapun ,tahniah diucapkan kepada calon yang terpilih dan pastinya anda sedang mencari contoh soalan ptd m41 . Contoh Soalan exam ptd ini adalah hasil pencarian saya selama beberapa hari ini.

Peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik Amnya bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.

Berikut Adalah silibus peperiksaan PTD dan Contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik m41

  • Seksyen A – Pengetahuan Am (40 minit) 50 Soalan
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (45 minit) 40 Soalan

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Contoh Soalan:

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh
Perdana Menteri Malaysia, kecuali

A menangani kos sara hidup.
B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Jawapan: B
2. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada

I kanak-kanak.
II balu askar dan polis.
III orang kelainan upaya.
IV mangsa bencana alam.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Jawapan: A

 

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Contoh Soalan:

math1

Apakah nilai paling sesuai bagi X?

2

A 42
B 43
C 44
D 46

Jawapan: A

Teknik menjawab:

  • 94 / 2 = 47
  • 180 / 4 = 45
  • 126 / 3 = X
  • X = 42

Rujukan dan maklumat lengkap tentang contoh soalan exam PTD boleh dirujuk melalui blog ini.

Speak Your Mind

*