post

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2019




Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadnir Diplomatik M41 2019. Peperiksaan online PTD atau pegawai tadbir diplomatik m41 bakal dijalankan pada waktu terdekat. Persoalannya kini adakah calon sudah bersedia. Walaubagaimanapun ,tahniah diucapkan kepada calon yang terpilih dan pastinya anda sedang mencari contoh soalan ptd m41 . Contoh Soalan exam ptd ini adalah hasil pencarian saya selama beberapa hari ini.


Ringkasan Makluman Ringkas Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 

Peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik Amnya bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.


Berikut Adalah silibus peperiksaan PTD dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadnir Diplomatik M41 2019

  • Seksyen A – Pengetahuan Am (40 minit) 50 Soalan
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (45 minit) 40 Soalan

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Contoh Soalan:

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh
Perdana Menteri Malaysia, kecuali

A menangani kos sara hidup.
B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Jawapan: B
2. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada

I kanak-kanak.
II balu askar dan polis.
III orang kelainan upaya.
IV mangsa bencana alam.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Jawapan: A

 

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Contoh Soalan:

math1

Apakah nilai paling sesuai bagi X?

2

A 42
B 43
C 44
D 46

Jawapan: A

Teknik menjawab:

  • 94 / 2 = 47
  • 180 / 4 = 45
  • 126 / 3 = X
  • X = 42

Rujukan dan maklumat lengkap tentang contoh soalan exam PTD boleh dirujuk pada perenggan seterusnya .

 

Speak Your Mind

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.