Pelajar dan kerja sampingan

Kehidupan sebagai pelajar merupakan satu titik tolak  yang sangat penting dari segi sosial,Masa Depan dan juga kewangan. Tak ramai pelajar mengenali erti kepentingan masa,sesetengah diantara meraka adalah dikalangan berada manakala ada juga yang sebaliknya. Namun tidak semestinya jika meraka sudah  selesa dengan zon “selesa” itu dapat meyiapkan diri meraka untuk berhadapan dengan dunia kerja kelak.

Kaya atau miskin adalah ketentuan illahi,kita  sebagai manusia dan pelajar harus menerima takdir ini secara terbuka,fikirkan menerusi minda yang positif  bagaimana anda sebagai pelajar boleh memanfaatkan masa  anda daripada mewarisi sikap malas dan meminta,kini bukan masanya lagi mengeluh wang saku tidak mencukupi dan begitu juga dengan wang pinjaman. Manfaatkan masa anda dengan menyibukkan diri dengan kerja sampingan yang baik untuk jiwa dan melatih anda menghadapi dewasa kelak.

Idea Kerja Sampingan Buat Pelajar

  1. Kerja hotel banquet
  2. Kfc/Mcd/Restoran
  3. Buat Tuiyen
  4. Jadi penulis BM/ENGLISH
  5. Jual ebook Online
  6. Buat assignment untuk rakan-rakan (optional)
  7. Jadi ebay seller
  8. Jual air dan keropok lekor hujung minggu di pasar sehari
  9. Ambil upah menjahit
  10. Tawar khidmat upgrade/format,baiki komputer/laptop -bagi yang terrer shj.
  11. Idea Anda…..?
Kerja sampingan merupakan faedah terbaik yang bermanfaat untuk dipraktikkan,namun haruslah berpada-pada dan jangan sampai terabai pelajaran anda. Justeru itu,sebagai pelajar pengurusan masa adalah penting,jadualkan segala urusan untuk memastikan masa anda sentiasa diisi dengan aktiviti yang berfaedah .

Comments

  1. ada yang model kerja nya online, tp untuk pemula, coz q baru mau mulai :):):)

Speak Your Mind

*