Panduan Menulis Resume

Menulis resume yang menarik ,bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan sesukar yang disangka,didalam strategi panduan menulis resume ,bakat bukanlah syarat yang diperlukan untuk menghasilkan keputusan resume yang memberansangkan kerana  anda boleh berpandukan contoh resume yang sedia ada .

Sebelum memulakan penulisan resume ,anda haruslah memastikan kategori resume anda berada peringkat yang mana,disini saya nyatakan tiga contoh peringkat kategori resume iaitu:

1.Resume tentang asas latar diri anda iaitu

Resume untuk meraka yang  baru memulakan temuduga pertama dan mempunyai pengalaman kerja yang agak terhad ,sesuai bagi lepasan dan graduan

2.Berdasarkan latar diri kronologi

Berasaskan level bidang yang berbeza dan bercirikan perkembangan kejayaan didalam suatu tempoh masa ,resume ini dikhaskan untuk meraka yang mempunyai pelbagai pengalaman berkerja pada sesuatu tempoh masa .

3.Latar diri resume

Berasaskan sasaran ,dikhaskan untuk meraka yang yakin tentang kerjayanya dalam menentukan sasaran .

Menulis resume yang menepati citarasa majikan ,secara umumnya meningkatkan  peluang permohonan untuk diterima .Salah satu punca resume yang dirasakan memenuhi kriteria pemilihan ialah berdasarkan komponen-komponen  ini:

Nama penuh (mengikut kad pengenalan)
Gambar terbaru (saiz passport)
Butir-butir peribadi (tarikh & tempat lahir, taraf perkahwinan)
Alamat surat menyurat (termasuk poskad)
Alamat tetap (jika lain dari no. 4)
Objektif pekerjaan (sekiranya sudah pasti dan mesti sesuai dengan jawatan yang dipohon).
Latar belakang pendidikan (tinggalkan pendidikan rendah, kelayakan tertinggi lebih diutamakan).
Pengalaman kerja (termasuk kerja sementara & latihan amali).
Aktiviti kokurikulum dan persatuan.
Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf keahlian.
Penglibatan masyarakat / komuniti.
Penerbitan (jika ada).
Taraf serta kemahiran berbagai bahasa.
Kemahiran lain (menaip, komputer).
Lesen memandu (taraf / gred).
Minat & kegemaran (mendaki, berenang, melukis).
Rujukan 2 orang yang kenal anda (bukan saudara mara).

contoh resume untuk didownload


Comments

  1. penting untuk menulis resume yang baik..so mencerahkan peluang untuk dipanggil temuduga
    fitri recently posted..Awas! Telur Tiruan Di HadapanMy Profile

  2. Dulu Jai main belasah je, janji nampak penuh..hu3.. Nak berenti kerja jugak ni, cuba usha kje lain, x larat dah nak kje shif.. :)
    decrewz recently posted..Cara Tukar Permalink Tanpa Hilang TraffikMy Profile

  3. no telefon mungkin boleh letak dibahagian tepi alamat. penting untuk mereka hubungi kita atau keluarga terdekat.
    zik recently posted..Mustahil hidup tanpa hutangMy Profile

  4. Ada contoh CV ?
    akubiomed recently posted..Petronas Primax95 Xtra kuasa pecutan bak F1My Profile

  5. suri msh kekalkan format masa bljt kt kolej dulu pensyarah bi yg ajar..

    mujur berpatutan dgn apa yg di nak pada surat permohonan semua ada d stu :)

  6. dulu rajin tulis, sekarang copy orang punya, edit sket-sket aje. hehe..
    titan recently posted..Komisen kedua dari PanduanDplicomMy Profile

  7. Lama dah tak tengok resume sendiri…mmg tak update langsung…heeeh

    Bro Razlan, camne pulak dgn calon yg suka tulis over2 dalam resume?
    hafizmd recently posted..Bukti 11 tak selalunya 2…My Profile

  8. resume untuk interview belajar pun bleh juga ke?

  9. dlm resume saya tak ada ni

    Aktiviti kokurikulum dan persatuan.
    Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf keahlian.
    Penglibatan masyarakat / komuniti.
    Penerbitan (jika ada).
    Taraf serta kemahiran berbagai bahasa.

    heeee..blh di katakan resume saya sehelai muka surat shja :)

  10. resume utk apply kerja

  11. Oke Saya download dulu untuk compare, thanks.

Trackbacks

  1. [...] Menyalin kembali  salinan resume yang ada didalam internet adalah satu pendekatan mudah mencari contoh resume untuk dijadikan rujukan , namun salinan resume yang ada didalam internet kebiasaanya mempunyai fomatnya yang tersendiri yang mana boleh mengelirukan si pemohon itu sendiri ,terdapat dua jenis format resume dimana anda boleh merujuknya di entry panduan menulis resume  . [...]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge