Menulis resume untuk kerja bukan mainan

Memohon pekerjaan bukanlah satu permainan yang anda harus praktikkan, di sini anda mempertaruhkan semua hasil usaha yang telah anda mulakan sejak anda menjejakkan kaki di tadika mahu pun sekolah asuhan. Anda seharusnya bersedia menulis resume untuk kerja pada waktu yang anda tidak jangkakan.

Menghantar resume yang sama untuk setiap permohonan yang baru mungkin tidak sama dengan  syarat jawatan yang dikehendaki majikan , jika anda mahu menarik perhatian majikan , anda harus tahu bagaimana untuk berikan  setiap perincian yang meraka mahukan. Bagi setiap permohonan yang dihantar , pastikan anda ukur setiap perbezaan di antara resume untuk kerja yang dihantar bagi membolehkan anda mengesan kekuatan dan meningkatkan perhatian kepada diri anda .

Sebelum anda menghantar permohanan baru resume , pastikan supaya anda memahami secara telus setiap info bagi jawatan yang anda kehendaki  bagi mengenal pasti syarat yang ada untuk dipadankan dengan  apa yang ada dengan  diri anda , jika anda mendapati tiada info berkaitan yang disediakan , pastikan anda membuat kajian menyeluruh mengenai agensi atau syarikat tersebut yang mana boleh mengukuhkan pengetahuan anda serta menyiapkan diri untuk sesi temuduga kelak.

 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge