Lima Tips Menulis Resume Yang Menjual Anda

Ramai orang menganggap resume adalah sekeping kertas yang tidak mempunyai apa-apa makna. Setelah anda menulis pengalaman kerja,tempat anda berkerja dan tugas yang pernah anda lakukan,anda rasakan ia sudah cukup lengkap. Namun semua itu sebenarnya tidak benar,resume adalah bermaksud alat pemasaran bagi anda yang sedang mencari perkerjaan.

Sebuah dokumen yang lengkap  diisi dengan maklumat yang penting untuk menjual diri anda kepada bakal majikan yang berpotensi tinggi. Seperti mana pentingnya dokumen pemasaran yang penting,usaha yang diperlukan adalah bersamaan dengan keazaman anda untuk mendapatkan perkerjaan yang diingini .

Seperti mana pengiklanan,resume yang baik perlu menangkap perhatian pembaca dan mampu menghantar mesej anda didalam tempoh singkat. Dengan itu,resume yang berkesan perlu menyampaikan komponen yang penting dalam resume anda didalam susunan yang teratur.

Jangan sekali-kali menulis pernyataan yang samar-samar seperti ’10 tahun pengalaman dalam pengurusan stor ‘. Sebaliknya, terangkan apa dan bagaimana yang anda lakukan didalam kedai tersebut. Khususkan setiap pernyataan anda itu didalam susunan struktur ayat yang mudah difahami dan tersusun mengikut kategori perkerjaan anda.

Kesalahan tatabahasa merupakan salah satu kesilapan umum yang kerap berlaku hari ini,walaupun kesilapan ini kelihatan kecil,namun impaknya sangat besar apabila permohonan kebanyakan resume tersebut berakhir dengan longgokan resume yang dikategori tidak mencapai standard. Resume yang lengkap diisi harus melalui proses edit atau penilaian,upah atau periksa berulag-kali untuk hasil yang terbaik.

Bagi pemohon lepasan universiti atau setaraf,terdapat komponen yang boleh menunjukkan dedikasi anda tanpa pengalaman kerja yang sememangnya terhad bagi lepasan. Gunakan peluang ini untuk menyerlahkan pencapaian pendidikan dan aktiviti kokurikulum didalam bahagian pengalaman dan pencapaian. Anda boleh menggunakan ini untuk mencerminkan kepimpinan kemahiran anda contohnya, jika anda seorang kapten pasukan bola sepak, editor majalah,perincikan segala kemahiran,pencapaian dan tugas anda didalam susunan yang teratut dan berkesan.

 

 

 

Comments

  1. Ramai yang selalu lupa tentang kesilapan umum seperti artikel bro

  2. setuju sangat. hehe

Speak Your Mind

*