Online Course For Better Future

Kekangan hidup yang melampau sudah pasti membebankan sesiapa pun di abad ini,akibat kenaikan kos sara hidup yang tinggi juga menjejaskan kehidupan seharian lalu menimbulkan satu nightmare (igauan ngeri) bagi mana-mana pun individu. Hakikat yang kita sedia maklum apabila bertambah kos sara hidup maka secara spontan ,usaha untuk meningkatkan pendapatan harus dilipatgandakan bagi memenuhi keperluan hidup masing-masing.

Namun,persoalan yang sebenarnya apakah sebenarnya kita mampu mengembalikan kestabilan ekonomi rumah tangga sekiranya berhempas pulas mengali secebis rezeki yang belum tentu sahihnya. Salah satu cara mengatasi kegawatan ekonomi adalah menaiktarafkan kemahiran anda . Kaedahnya melalui (Online Course Learning )pembelajaran kursus secara online  .

Online Course secara tidak lansung sangat bermanfaat dan mudah untuk dipraktikkan,pembelajaran melalui online memudahkan pelajar di segi masa dan tenaga. kaedah pembelajaran yang fleksibel memberi ruang untuk pelajar menentukan dan membuat jadual sendiri untuk menyeimbangkan masa belajar dan berkerja .

Para pelajar juga tidak perlu berhadapan dengan situasi lewat hadir ke kuliah mahupun berhadapan dengan tenaga pengajar secara bersemuka,namun boleh menghubungi secara terus melalui sistem group discussion bersama pengajar. Pelajar juga boleh membuat group discussion bersama rakan-rakan serta pelajar membincangkan isu pembelajaran dan pertukaran maklumat .

Kemudahan sistem pembelajaran online juga memberi peluang kepada pelajar untuk berhubung dimana sahaja jika talian internet ada dikawasan itu.

Sesetengah majikan juga menawarkan insentif bantuan kewangan kepada perkerja untuk melanjutkan pengajian secara online dibawah tajaan majikan. Namun,adalah diingatkan bahawa pembelajaran kursus secara online sangat memerlukan daya tumpuan yang kuat kerana anda akan mudah lalai dan bersikap acuh tidak acuh,kajian melaporkan terdapat peningkatan dalam permohonan pembelajaran kursus online  dan juga kadar kegagalan mahupun belajar separuh jalan juga semakin meningkat. Resume Freshers

 

Speak Your Mind

*