Kesilapan sewaktu menulis resume

Memohon perkerjaan pada masa kini adalah sukar dan tanpa keyakinan yang tinggi,keazaman dan semangat boleh terkubur begitu sahaja,resume adalah kunci untuk mendapatkan perkerjaan yang terkini,dan most wanted?(diingini).  Resume yang baik dan berkesan adalah azimat kepada anda yang bersemangat mengintai peluang perkerjaan dan seterusnya menjawat jawatan tersebut. Resume yang tidak ditulis dengan baik  dan tergesa-gesa akan  mudah tersungkur dan akhirnya diperam,manakala kini bukan mudah untuk mendapatkan perkerjaan.

Elakkan kesilapan biasa ini

  • Resume yang anda hasilkan harus menunjukkan kejayaan dan ketrampilan anda dan bukannya peluang untuk anda menyenaraikan tugas atau jenis perkerjaan yang anda lakukan setiap hari ,gunakan kesempatan ini untuk anda nyatakan  komponen yang penting dan berkait dengan jawatan dipohon sahaja.
  • Didalam strategi memohon perkerjaan,ia adalah penting untuk mengaitkan kata kunci yang sesuai untuk menggambarkan  komitmen,kelebihan dan yang penting sekali kata kunci yang berkait dengan jawatan tersebut,sesetengah organisasi,syarkat atau persatuan tidak memerlukan  pemohon menyenaraikan komponen yang diperlukan,manakala  ada juga sesetengahnya yang mensyaratkan kata kunci  yang berkait dan khasnya syarikat yang besar dan mengambil perkerja pada skala yang besar,dengan itu syarikat-syarikat ini menggunakan perkakasan dan program tertentu untuk mengesan kata kunci yang diperlukan untuk dipadankan dengan jawatan yang diiklankan.

Umumnya,calon pemohon seharusnya menggunakan sumber yang ada seperti internet,kawan dan juga keluarga untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

 

 

Speak Your Mind

*