Kerjaya Pilihan Selepas Spm

Memulakan dan menamatkan adalah dua perkara yang berbeza,kebiasaannya setelah menamatkan pengajian disekolah menengah,pelajar akan menghadapi dua pilihan muktamad iaitu meneruskan pengajian diperingkat lebih tinggi atau memulakan kerjaya baru. Didalam fasa mencari haluan baru,mencari matlamat asal adalah jalan yang terbaik untuk memulakan perjalanan ini.

Tips Mencari matlamat hidup …>>>>>Teknik  Dapat Kerja Kerajaan

Memohon kursus vokasional atau kemahiran adalah satu pilihan yang baik memandangkan anda kini diibaratkan berada dipersimpangan jalan. Kursus kemahiran di insititut kemahiran seperti giatmara,ikm,ilp dan sebagainya membekalkan anda latihan  yang  diperlukan oleh sesebuah organisasi atau agensi. Latihan ini memakan masa antara 6 bulan hingga setahun bergantung kepada jenis kursus. Kursus kemahiran ini mungkin tidak dapat menandingi  dengan kelulusan akademik yang anda miliki,tetapi sedikit sebanyak kemahiran yang dibekalkan adalah berguna .

Selidik syarat jawatan bagi sektor kerajaan  untuk jawatan yang ingin anda pohon,kebanyakan kerjaya dan syarat jawatan kerajaan memerlukan syarat minimum seperti sijil,diploma dan ijazah. Walaubagaimanapun bagi pemegang sijil lepasan malaysia(spm) ,anda boleh memohon jawatan yang hanya mensyaratkan kelayakan sijil dan terdapat juga kursus latihan cthnya;latihan jururawat dan perubatan,pemohon yang terpilih layak menerima elaun bulanan dan beberapa insentif percuma yang lain.

>>>Kena Baca Dan Practice Teknik INi Sebelum Anda Pergi Temuduga Kerja…

Memandangkan struktur ekonomi yang tidak menentu kini,kerjaya makan gaji bukanlah perkerjaan yang dijanjikan baik belaka. Menceburkan diri dalam bidang perniagaan adalah satu bentuk  kerjaya yang memerlukan sokongan penuh usaha anda. Ini bersandarkan sebab setelah anda gagal memohon perkerjaan disektor kerajaan dan swasta. Kerjaya ini memerlukan daya fokus yang tinggi dan kemahiran pengurusan perniagaan yang cekap dan efisien.

 

Speak Your Mind

*