Kebaikan Teknologi Komputer Mudah Alih

Hari ini boleh dikatakan setiap lapisan masyarakat kita telah didedahkan dengan pelbagai kemudahan dan teknologi yang semakin membangun. Walaupun setiap kemajuan ini pasti menyumbang kepada pelbagai kesan positif dan negatif,kita harus sedar  yang setiap perkara yang berlaku pasti ada kesan buruk dan baik. Maka ia terpulang kepada pemikiran dan penerimaan setiap individu agar dapat mengadaptasi setiap kemudahan teknologi yang rancak berkembang,khususnya pada masa kini.

Persoalannya,adakah perkembangan teknologi hari ini mampu menyumbang kepada kemajuan diri kepada setiap insan dan bagaimana ia mampu mencorak dunia yang lebih baik. Berikut beberapa kebaikan teknologi komputer mudah alih buat tatapan anda.

Tablet pc untuk kanak-kanak

Pada tahun 2011,kajian yang telah dilakukan oleh pihak universiti di london,menjelaskan penggunaan tablet pc khasnya kanak-kanak mendapati hasil yang agak memberansangkan apabila kanak -kanak didedahkan dengan penggunaan tablet pc  dimana kadar iq meraka meningkat dan juga interaksi minda yang aktif . Walaupun ia sudah pasti mendatangkan keraguan kepada ibu bapa. Namun meraka harus melihat ia pada sudut yang lain iaitu penggunaan tablet amnya adalah proses pembelajaran yang mana ia merupakan pilihan yang baik pada masa kini. Pakar juga menjelaskan kanak–kanak  seharusnya sentiasa aktif dan meraka harus diberi peluang untuk meningkatkan daya imiginasi dengan lebih baik.

Kebaikan Tablet Pc untuk Pendidikan

Kemajuan teknologi komputer mudah alih ini juga menyumbang kebaikan yang ketara kepada dunia pendidikan kita pada hari ini. Diantara kebaikan yang boleh diadaptasi dari komputer tablet ini adalah seperti berkut:

  •  Tablet pc adalah peralatan yang mudah dibawa kemana sahaja seperti bilik darjah,perpustakaan,dewan kuliah,rumah atau warung caffe. Terbahagi kepada 2 jenis iaitu skrin yang boleh disentuh dan paparan muka dengan pen.
  • Bagi meraka yang kerap kali terlepas untuk mencatat nota penting sewaktu pensyarah atau guru sedang memberikan nota,anda mungkin tidak perlu gusar lagi. Dengan unit perakam suara yang terbina didalam,anda boleh merakam dan membuat ulangan semula.
  • Bila terlalu lama mengambil nota dan ulangkaji,hampir semua pelajar akan letih untuk menulis dan menaip. Anda boleh gunakan unit suara untuk gantikan fungsi menulis,anda boleh mengedit kembali menggunakan pen sesentuh atau keyboard .

Penggunaan tablet pc khususnya menyumbang kepada pelbagai kesan positif kepada manusia khasnya,adakah anda mempunyai pendapat anda sendiri dan bagaimana ia membantu anda.

 

Speak Your Mind

*