Kebaikan aplikasi online untuk kegunaan pendidikan

Penggunaan  internet  kini tidak lagi digunakan oleh sesetengah agensi mahupun individu,internet digunakan secara meluas di serata dunia dengan kelebihan jalur lebar yang diperhebatkan lagi dengan peningkatan kelajuan internet per saat bagi aplikasi browsing dan  download .

Seterusnya, penggunaan internet yang tidak asing lagi bagi  penduduk di malaysia memberikan peluang yang bermanfaat untuk kegunaan pendidikan secara amnya khusus pembelajaran online secara maya,  perpustakaan mungkin lengang jika penggunaan internet digunakan secara 100 peratus pada ketika ini.

Pendidikan merupakan aset terpenting buat individu bagi melahirkan jiwa yang berpengetahuan luas serta berguna untuk kegunaan di masa hadapan, pendidikan online seperti upsr,pmr serta spm juga salah satu kebaikan yang dilihat mampu menambahkan pengetahuan bagi remaja mengisi waktu lapang dengan kaedah pembelajaran yang fleksibel.

Kini di malaysia pembelajaran secara online telah berkembang, kelas tuisyen online mula dijalankan oleh kerana penggunaan masa yang fleksibel dan memudahkan struktur pembelajaran yang sangat efektif serta memberi kemudahan pelajar yang mengalami kesukaran seperti pelajar oku(orang krang upaya) serta faktor lokasi . Resume Sample

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge