Faedah belajar bahasa inggeris

Abad ini masih baru untuk malaysia fasih bahasa inggeris. Sungguhpun kerajaan sudah acap kali menganjurkan kempen serta kursus belajar english,malaysia masih segan menggunakan bahasa ini lebih daripada bahasa ibundanya sendiri. Kesedaran untuk mendalami bahasa inggeris hanya boleh dicapai sekiranya semangat serta pendorong untuk menjadi lebih fasih bahasa english dipupuk dari kecil lagi.

Untuk mencapai wawasan 2020,syarat fasih english adalah perlu memandangkan semua menyakini bahawa english adalah bahasa global yang dipersetujui dan diakui setiap lapisan masyarakat dunia.

Kebaikan bahasa inggeris untuk perniagaan

Apabila gabungan negara yang berbeza seperti jepun,itali,korea,indonesia dan malaysia menghadiri perjumpaan atau sidang perniagaan,meraka sudah pasti menggunakan bahasa angtarabangsa iaitu inggeris untuk urusan perniagaan. Jika anda adalah seorang tenaga kerja professional,adalah satu syarat untuk fasih bahasa  inggeris untuk menjalankan urusan perniagaan sekiranya berurusniaga dengan pihak luar negara mahupun berkerja di luar negara.

Kebaikan bahasa inggeris untuk sektor pelancongan

Kebanyakan tempat pelancongan yang terkenal diserata dunia menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua,anda tidak akan tersesat sekiranya anda fasih english.

Kebaikan bahasa inggeris untuk sistem  pendidikan

Penggunaan bahasa inggeris disekolah rendah dan tinggi boleh membantu pelajar sekiranya berjaya melanjutkan pelajaran diluar negara seperti uk,us,jepun,australia dan sebagainya. Walaupun pelajar hanya mengetahuai asas bahasa inggeris,ini akan memudahkan meraka untuk berkomunikasi dengan rakan serta  tenaga pengajar. Pengetahuan tersebut juga membantu pelajar untuk melakukan ulangkaji dengan lebih sempurna dan selesa.

Kebaikan english untuk internet dan komputer

Hampir semua program komputer menggunakan bahasa english sebagai bahasa pengantaraan. Asas bahasa program seperti css,html,flash menggunakan bahasa english sebagai program pemuka. Malah bahasa program yang paling digunakan didalam internet  adalah english walaupun boleh ditukar kepada bahasa yang lain menggunakan program komputer tertentu.

 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge