Contoh surat tunjuk sebab tidak hadir bertugas

Ponteng tugas atau disebabkan faktor yang tak dapat dielakkan. Kata-kata tidak dapat membuktikan penjelasan ,Surat Tunjuk Sebab  Tidak Hadir Bertugas adalah alasan terbaik untuk menutup masalah anda. Jalan yang terbaik untuk memberi penjelasan kepada majikan selain musabab yang bernas dan menyakinkan.

Contoh surat tunjuk sebab tidak hadir bertugas:

Muat Turun:  SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS

  • Yahya Bin Khir Yusof
  • No-p 23,lorong 12,
  • Taman Desa Paya Terubong
  • Tangkak ,johor darul takzim .

____________________________________________________________________

  • Tuan Pengurus,
  • T-78,Jln Langgar,Kilang Gula  Sdn Bhd
  • Pantai Johor Kedah Darul Aman.                                                  15 OKTOBER 2014
  • Tuan,
  • PER:SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS
  • Merujuk Perkara di atas,
  • Saya merangkap jawatan sebagai Pembantu Juruteknik ingin menyatakan sebab kepada ketidakhadiran saya untuk bertugas pada 12/10/2014 yang lalu. Disebabkan kemampuan kesihatan yang terbatas ,saya tidak mampu menggalas tugas yang diberikan pada hari tersebut .
  • 2.Berikutan kecederaan yang disebabkan kemalangan di bengkel kimpalan kilang tempoh hari,kaki saya mula membengkak dan sakit,saya telah pun mendapatkan rawatan di pusat perubatan dan pakar mengesyorkan saya bercuti pada hari tersebut. Dengan ini,saya lampirkan sekali sijil cuti sakit yang mengesahkan kehadiran saya ke pusat perubatan tersebut bersama-sama surat tunjuk sebab ini.
  • Dengan itu,saya sudahi dengan ucapan mohon maaf di atas ketidakhadiran untuk bertugas dan amat mengharapkan kerjasama pihak tuan ,ini adalah kali pertama saya menulis surat tunjuk sebab diatas insiden yang berlaku kepada saya,dengan itu saya mohon maaf sekiranya format yang digunakan tidak kena dengan caranya.
  • Sekian,terima kasih.
  • Yang Benar
  • _________
  • (Yahya Bin Khir Yusof )

Comments

  1. ms.november says:

    ada tak contoh surat rayuan untuk dterima kembali bekerja?

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge