Contoh Surat Rasmi

Menulis surat rasmi merupakan salah satu penulisan  format yang penting , ia harus diketahui oleh setiap individu kerana surat rasmi penting bagi menyampaikan hasrat yang terbuku kepada pihak yang terlibat berdasarkan penulisan format surat rasmi yang betul.

Contoh Surat Rasmi yang terdapat di lambakan internet hari ini sudah cukup  membuktikan kepentingan format surat rasmi kepada rakyat malaysia mahupun pelajar, adapun sudah terdapat banyak Contoh Surat Rasmi di dalam internet ,saya dapat merasakan ada kesinambungan antara Contoh Resume dengan Contoh Surat Rasmi .

Dibawah saya sediakan satu contoh surat rasmi yang mudah untuk panduan ramai . Muat turun : Contoh surat rasmi

  • Khairul Suhit BIn Ayyob
  • Kg XXX  XXX XXX
  • Pendang Kedah.                                       <—–Nama dan Alamat Anda 
_____________________________________________________________________
  • Tok Penghulu
  • Kg sebelah XXX                                          <—–Nama dan Alamat  For Who Yang Berkenaan 
  • Pendang Kedah.                                             
  •  15 September 2012

Tuan,

PERKARA: PERMOHONAN GANTI JAMBATAN

Merujuk perkara di atas,

2.Berdasarkan maklumat di atas ,saya Khairul bin Ayyob wakil dari kg XXX XXX XXX ingin memohon bantuan daripada pihak tuan bagi menganti jambatan yang berada di antara jalan kecil dan jalan besar dikampung kami yang semakin  uzur dek hakisan air sungai. Hakisan sungai yang berlaku sejak beberapa tahun yang lalu telah pun mengakibatkan beberapa kemalangan melibatkan penduduk jatuh kedalam sungai disebabkan lubang di atas jambatan tersebut.

3.Sehubungan dengan itu, kami penduduk kampung merupakan petani sepenuh masa,jadi pendapatan kami yang tak menentu dan kecil tidak mengizinkan kami mengeluarkan modal sendiri untuk membaiki jambatan tersebut. Kami penduduk kampung amat mengharapkan bantuan pihak tuan bagi menganti jambatan uzur ini agar kehidupan kami lebih tenteram dikala menanti anak-anak kecil pulang ke sekolah dengan selamat tanpa ancaman jambatan runtuh dan malapetaka yang lebih buruk.

Justeru itu,kami amat menghargai jasa tuan sekiranya permohonan ini diluluskan. Kami menunggu dengan redha maklum balas dari pihak tuan.

Berkhidmat untuk masyarakat

Sekian , terima kasih.

————————–

Khairul Suhit BIn Ayyob

Comments

  1. Mazaira says

    mohon bertanya, ini contoh rasmi terkinikah? sebab sy ada jumpa format surat rasmi terkini bertarikh 2010 berbeza dgn format ini. Cth: Tajuk surat x perlu digariskan tetapi dihitamkan shj, n tarikh ditulis di bawah alamat penerima.

  2. ms dayah says

    boleh bagi contoh surat rasmi ” surat rasmi mengizinkan ank nya kawin dri ayah perempuan nak bgi kat pihak berkuasa.

    • says

      Surat rasmi untuk mengizinkan anaknya kahwin jarang saya dengar,tetapi kalau surat kebenaran wali hakim adalah,sila cari di google search “contoh surat kebenaran wali hakim”.

  3. Jamilah Omar says

    Saya ingin membuat surat kepada pihak hospital bahagian rekod untuk mendapatkan salinan daftar/repot semasa kelahiran anak saya pada tahun 2008.
    Terima kasih.

Trackbacks

  1. […] Kegiatan vandalisme boleh dipatahkan melalui kaedah pencegahan konkrit dimana pihak berwajib boleh mengenal pasti suspek vandalisme melalui pemasangan kamera cctv di kawasan tersebut , kaedah ini telah diakui berkesan menangani masalah vandalisme disamping hukuman yang lebih keras seperti sebatan , khidmat sosial serta hukuman penjara .Contoh surat rasmi  […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge