post

Contoh Surat Rasmi Kemaskini Terbaru




Contoh Surat Rasmi edisi terkini. Menulis surat rasmi merupakan salah satu penulisan format yang penting ia harus diketahui oleh setiap individu. Ini kerana surat rasmi penting bagi menyampaikan hasrat yang terbuku kepada pihak yang terlibat berdasarkan penulisan format surat rasmi yang betul.

Contoh Surat Rasmi yang terdapat di lambakan internet hari ini sudah cukup membuktikan kepentingan format surat rasmi kepada rakyat malaysia mahupun pelajar, adapun sudah terdapat banyak Contoh di internet. Saya dapat merasakan ada kesinambungan antara Contoh Resume dengan Contoh Surat Rasmi.

Dibawah saya sediakan satu contoh surat rasmi yang mudah untuk panduan ramai. Semoga ia memanfaatkan kepada meraka yang memerlukan panduan untuk menulis surat rasmi permohonan kepada pelbagai topik. Berikut disertakan contoh dan link muat turun .

Download  Contoh Surat Rasmi >>Muat  Turun

   

 

Khairul Suhit BIn Ayyob

Kg XXX  XXX XXX

Pendang Kedah.

 

Tok Penghulu

Kg sebelah XXX

Pendang Kedah.                                                                                                 15 September 2088




Tuan,

 

PERKARA: PERMOHONAN GANTI JAMBATAN

Merujuk perkara di atas,

2.Berdasarkan maklumat di atas ,saya Khairul bin Ayyob wakil dari kg XXX XXX XXX ingin memohon bantuan daripada pihak tuan bagi menganti jambatan yang berada di antara jalan kecil dan jalan besar dikampung kami yang semakin  uzur dek hakisan air sungai. Hakisan sungai yang berlaku sejak beberapa tahun yang lalu telah pun mengakibatkan beberapa kemalangan melibatkan penduduk jatuh kedalam sungai disebabkan lubang di atas jambatan tersebut.

3.Sehubungan dengan itu, kami penduduk kampung merupakan petani sepenuh masa,jadi pendapatan kami yang tak menentu dan kecil tidak mengizinkan kami mengeluarkan modal sendiri untuk membaiki jambatan tersebut. Kami penduduk kampung amat mengharapkan bantuan pihak tuan bagi menganti jambatan uzur ini agar kehidupan kami lebih tenteram dikala menanti anak-anak kecil pulang ke sekolah dengan selamat tanpa ancaman jambatan runtuh dan malapetaka yang lebih buruk.

Justeru itu,kami amat menghargai jasa tuan sekiranya permohonan ini diluluskan. Kami menunggu dengan redha maklum balas dari pihak tuan.

Berkhidmat untuk masyarakat

Sekian , terima kasih.

————————–

Khairul Suhit BIn Ayyob

Topik Yang Berkaitan

Comments

  1. inspirasicyber says:

    terima kasih kerana berkongsi

  2. dah lama juga tak menulis surat rasmi… tak banyak berubah juga formatnya…

  3. mohon bertanya, ini contoh rasmi terkinikah? sebab sy ada jumpa format surat rasmi terkini bertarikh 2010 berbeza dgn format ini. Cth: Tajuk surat x perlu digariskan tetapi dihitamkan shj, n tarikh ditulis di bawah alamat penerima.

  4. Nor Akira Binti Adnan says:

    I Like That .

  5. Terimakasih banyak atas wawasannya, sangat berguna dan bermanfaat sekali.

  6. boleh bagi saya contoh surat pembukaan akaun simpanan untuk pekerja baru x?

  7. boleh bagi contoh surat rasmi ” surat rasmi mengizinkan ank nya kawin dri ayah perempuan nak bgi kat pihak berkuasa.

    • Surat rasmi untuk mengizinkan anaknya kahwin jarang saya dengar,tetapi kalau surat kebenaran wali hakim adalah,sila cari di google search “contoh surat kebenaran wali hakim”.

  8. Contoh surat Aduan tak

  9. ne yang latest contoh surat rasmi ke bang

  10. contoh surat rasmi minta tanah kerajaan ada x

  11. Jamilah Omar says:

    Saya ingin membuat surat kepada pihak hospital bahagian rekod untuk mendapatkan salinan daftar/repot semasa kelahiran anak saya pada tahun 2008.
    Terima kasih.

  12. saya pening kepala nak tulis surat kepada Yang Dipertua pasal nak sewa tanah kerajaan untuk mendirikan gudang sementara, mcm mana ada idea yg menarik x?

  13. shahrul says:

    surat rasmi tawaran kredit minyak di petrol station

Trackbacks

  1. Contoh surat rasmi letak jawatan | Contoh Resume berkata:

    […] , asas panduan penghasilan contoh surat rasmi adalah mudah seperti entry yang lepas  Contoh Surat Rasmi . Panduan menulis format surat rasmi haruslah disusuli daripada sumber yang betul seperti Nama dan […]

Tinggalkan Jawapan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: