Contoh Surat Mohon Bantuan Atap Rumah

Ditimpa bencana alam yang tidak diduga adalah satu kejadian yang kita semua tidak inginkan berlaku,terutama sekali kepada keluarga kita,jiran,sahabat yang terdekat. Namun fitrah kejadian bencana alam bukan satu daripada keupayaan kita untuk tidak mentakdirkan ia berlaku.

Bencana alam seperti ribut seringkali mengakibatkan kerosakan terhadap alam sekeliling dan termasuklah harta benda dan nyawa. Contoh Surat Mohon Bantuan Atap Rumah Dibawah adalah Khas Untuk Membantu meraka yang terlibat dengan bencana alam ini.

 

Royaha Binti Mat Aris

……………………………….

……………………………….

Tuan,

Jabatan Zakat Negeri Kedah Darulaman Aras 3,

Menara Zakat Jalan Teluk Wanjah, Kedah, 05000 Alor Setar

Tuan,

Perkara: Mohon Bantuan Atap Rumah

Saya merujuk kepada maklumat diatas bernama Royaha Binti Mat Aris ingin  memohon bantuan atap rumah yang terjejas kerana kejadian ribut yang berlaku baru-baru ini.

2.  Buat pengetahuan tuan,saya merupakan ibu tunggal yang mempunyai tanggungan ramai. Saya memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga setelah kematian suami dan menyara 8 anak yang masih bersekolah dengan pendapatan sebagai pencuci pinggan mangkuk di warung berdekatan rumah saya.

Keperitan hidup yang saya tanggung ini sebenarnya amat malu untuk saya ceritakan kepada  pihak tuan disebabkan ingin mohon bantuan ini. Saya tidak pernah menerima apa-apa bantuan dari mana agensi untuk meringankan bebanan ini.

Saya ingin sekali mohon kerjasama dan keprihatinan hati budi tuan untuk membantu saya dan anak-anak untuk mendapatkan bantuan atap rumah ini.

Sekian,terima kasih dan segala pertolongan dari pihak tuan amatlah saya hargai.

Royaha Binti Mat Aris

Speak Your Mind

*