Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Bermula pada minggu pertama bulan september 2014 ini akan diadakan exam penguasa kastam w41. Maka ramailah calon mula mencari contoh soalan exam penguasa kastam w41 .

Daripada carian yang tinggi mengenai exam yang akan berlangsung beberapa hari ini –  pihak kami terpanggil untuk berkongsikan beberapa maklumat  penguasa kastam  secara ringkas buat rujukan calon yang terpilih.

Daftar Waiting List Dibawah Dan Jadi Pembeli Yang Pertama Bila Jualan Dibuka

============================================================== Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 ==============================================================

Apakah Tugas Seorang Penguasa Kastam W41

Tugas seorang penguasa kastam w41 terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Apakah Syarat Kelayakan Untuk Memohon Jawatan Penguasa Kastam W41

Dinyatakan dibawah adalah senarai syarat kelayakan permohonan jawatan sebagai penguasa kastam w41.

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan : RM1,925.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,235.51 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ] atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Secara umumnya,cabaran terbesar calon untuk menjadi penguasa kastam w41 adalah :

1. Memiliki kelulusan ijazah.

2. Lulus Peperiksaan Online . ( Contoh Soalan | Soalan Semasa | Soalan Psikometrik)

> Rujukan Exam Penguasa Kastam W41

3.Lulus Temuduga .

Berikut Contoh Soalan Exam Penguasa Kastam W41

Ujian Ini Mengandungi 3 Seksyen Utama Iaitu

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Psikometrik

Comments

  1. Bagus sekali untuk calon yang mengambil perperiksaan ini

  2. antara soalan-soalan yang popular nih.

  3. salam,boleh hantar contoh soalan kpd saya

  4. hantar kpd sy skali

Speak Your Mind

*