post

Contoh Soalan Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Contoh Soalan Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41.  Pada 26 Jun 2019 ini akan diadakan satu exam untuk jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 seperti makluman dibawah .

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
============================================

PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41

Tarikh Peperiksaan : 26 Jun 2019 (Rabu)
Masa : 10:00 pagi – 12:25 Tengah Hari

,lantaran itu pihak infokerjaya telah berjaya menyiapkan panduan untuk dijadikan rujukan bagi calon exam spa tahun 2019.  Contoh Soalan Rujukan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 .

s41

DOWNLOAD PREVIEWCOPY 

Exam yang dijadualkan ini akan berlangsung secara online. Pihak spa telah pun menyediakan video pengenalan tentang bagaimana menjalani exam ini. Lihat video dibawah :

Berdasarkan dari maklumat sumber yang dipercayai,format soalan peperiksaan pegawai pembangunan masyarakat s41 kali ini juga berubah dimana hanya 2 bahagian shj yang dimasukkan. Walaupun begitu rujuk contoh soalan ini.

Peperiksaan ini mengandungi satu (a) bahagian iaitu Kecenderungan iaitu:
BAHAGIAN I – KECENDERUNGAN
Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja
sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan
komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan
semasa didalam dan luar negara.

Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50 soalan
Markah : 30

CONTOH SOALAN :

1. Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama seperti berikut kecuali
A menjana sinergi multisektor.
B berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik.
C membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
D memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan
Sosial.
Jawapan : B

2. Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan
yang merupakan satu inisiatif pihak LPPKN.
Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Nur Sejahtera LPPKN ialah

I pengurusan menopaus.
II saringan kanser reproduktif.
III ujian makmal yang komprehensif.
IV perkhidmatan perancang keluarga.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV
Jawapan : D4

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan
menggunakan pendekatan seperti berikut:
(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih
jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon
dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi
memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif
untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan
untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai
Psikologi. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan
pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap
tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30
CONTOH SOALAN :
1. 30, 32, 36 , X , 60, 92
Apakah X?
A. 38
B. 40
C. 44
D. 48
Jawapan : C

2. Rajah di atas menunjukkan satu nombor perpuluhan. Berapakah hasil tambah digit 3
dan 7 dalam nombor di atas?
A. 300.7
B. 30.7
C. 3.07
D. 3.7
Jawapan : C

Calon boleh download format exam Peg Pembangunan 2013 dengan melengkapkan borang pendaftaran dibawah dan pengesahan. Link muat turun akan dihantar selepas pengesahan berjaya kepad email yan didaftarkan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

MAKLUMAN TIPS EXAM PPM S19

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Comments

  1. semoga berjaya buat semua candidate… kena buat persediaan awal … study molek2 ya…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.