Contoh Resume Penolong Pegawai Antidadah

Ramai Pemohon yang terpilih pasti tertunggu-tunggu untuk menghadapi temuduga terbaru penolong pegawai antidadah,ia pasti disusuli dengan suasana yang baru bagi meraka yang belum pernah menghadapi temuduga spa khususnya. Sebagai persediaan ,saya telah pun menyiapkan Contoh Resume Penolong Pegawai Antidadah Gred S27 atau bersamaan dengannya buat membantu anda didalam menghadapi hari temuduga kelak. Walaupun tidak sesempurna resume yang boleh temukan di web/blog yang lain,saya hanya mengharapkan ia membantu.

Bagi meraka yang belum mengetahui definisi tugas kerja jawatan ini,anda boleh rujuk keratan ini

Bertanggungjawab melaksanakan semua program pemuliharaan di institusi dan komuniti,program pencegahan,menjalankan fungsi penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Contoh resume yang mudah ini sesuai digunakan untuk memohon kerjaya kerajaan. Format resume untuk kerja kerajaan adalah resume fungsian kerana kebanyakan pemohon terdiri dari lepasan spm,stpm,diploma dan ijazah. Jadi penting untuk anda nyatakan sejarah pendidikan,pengalaman seperti latihan praktikal dan tugas yang dibuat. Faktor ini dapat menyumbang kepada kejayaan temuduga anda.

Walaupun begitu,terdapat banyak faktor lain juga yang boleh mengagalkan anda. Anda boleh membaca kembali entri lama yang saya telah tulis didalam blog ini. Seperti anda,saya juga pencari kerja kerajaan . Walaupun susah tetapi tidak  mustahil untuk mendapatkannya jika anda berusaha dan sabar.

Muat turun:   Contoh Resume Penolong Pegawai Antidadah

Comments

  1. norazira binti mohd sabri says:

    saye sgt berminat nak join job goverment

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge