post

Contoh Resume Lepasan Spm – Kemaskini Terkini




Lepasan Spm mahupun graduan mula mencari Contoh Resume Lepasan Spm, pada umumnya akan mula mencari perkerjaan setelah tamat pengajian. Apa yang pasti para pemohon pasti akan menulis resume berdasarkan kecenderungan pilihan kerjaya masing-masing. Namun memiliki segulung ijazah,diploma atau sijil bukanlah satu simbol yang harus dibanggakan kerana pemohon masih kekeringan pengalaman didalam jawatan yang dipohon.

Contoh dibawah adalah berbahasa melayu sesuai untuk kebanyakan calon spm yang ingin memohon jawapan setaraf kelayakan spm. Berdasarkan contoh dibawah, calon perlu bijak mengubah suai dengan maklumat anda.

Muat Turun Contoh Resume Lepasan Spm

#download contoh resume 

contoh resume lepasan spm

Namun,pemohon tidak perlu gusar dan bimbang dalam usaha mengejar kerjaya yang diminati. Disini terdapat dua tips untuk menguatkan lagi kecekapan resume anda

Letak Maklumat kelayakan Dengan Betul

Bagi Pemohon Lepasan spm khasnya,sememangnya kekurangan pengalaman akan menunjukkan kelemahan dalam resume anda. Pemohon boleh menutup kelemahan ini dengan memastikan keutamaan diberikan kepada maklumat umum seperti pendidikan,maklumat peribadi. Pastikan setiap susunan ayat disusuli dengan penggunaan patah perkataan yang menarik perhatian.




Teliti Kesalahan Tatabahasa

Selain daripada penggunaan ayat yang menarik ,pemohon seharusnya meneliti kesalahan tatabahasa didalam setiap ringkasan ayat didalam resume. Sedikit kesalahan tatabahasa boleh menyebabkan resume anda ditong sampahkan walaupun penemuduga belum sempat habis membacanya.

Tips Tulis Resume SPM

Anda boleh memilih resume jenis fungsian iaitu fokus resume jenis ini adalah calon yang memiliki kurang pengalaman kerja. Gantikan pengalaman kerja dengan tugas dan aktiviti yang pernah anda lakukan sewaktu pengajian. Contoh mudah seperti menjadi pengawas perpustakaan bertanggungjawab menyelia bilik dan mencatat rekod buku-buku yang dipinjam.

Resume yang mudah dibaca adalah faktor utama panel temuduga dan majikan berminat untuk terus membaca. Jadikan ia kurang daripada 2 muka surat dan perincikan setiap maklumat dengan tepat dan lengkap. Bagi yang kreatif boleh gunakan perisian tertentu untuk meraka bentuk yang lebih menarik serta infografik. Awas ! jangan terlalu mewarna warni kerana tidak semua yang membaca sukakannya.

Sekian,beberapa tips mudah  panduan contoh resume spm dari contohresume.com.

Topik Yang Berkaitan

Comments

  1. mne cthnyer????

  2. mane contohnya?

  3. mane contoh resume lepasan spm..?

  4. carlson says:

    aik mna cntohnya tuu??

Tinggalkan Jawapan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: