Contoh karangan menangani tekanan emosi di kalangan pelajar

Tekanan Emosi merupakan bebanan yang melibatkan perasaan dan berkait rapat dengan fizikal dan rohani seseorang. Peningkatan yang semakin membimbangkan ini juga menimbulkan kebimbangan penduduk dimalaysia hari ini mahupun sejagat. Bagaimanakah kita hari ini menangani Tekanan Emosi  yang boleh memporak-perandakan kehidupan dan seterusnya mencari kaedah terbaik merawat tekanan emosi sehingga ke akar umbi. Sebagai seorang pelajar,kehidupan di sekolah mahupun institusi pengajian juga boleh menimbulkan tekanan terhadap pelajar. Dengan itu,pelajar seharusnya mencari iktibar dan ikhtiar yang telus menangani masalah ini.

Senaraikan punca-punca Tekanan Emosi

Salah satu punca berlakunya stress dikalangan pelajar adalah bebanan kerja rumah yang  menimbun dan mengamalkan budaya menangguh :

  • Langkah pertama ,sediakan sekeping nota dan catatkan semua urusan yang melibatkan aktiviti sekolah seperti,mesyuarat berkumpulan,aktiviti berkawat dan kelaskan setiap urusan yang mengambil masa dan kepayahan ,selesaikan satu persatu mengikut waktu yang ditetapkan.
  • Tetapkan masa yang sesuai untuk menyelesaikan kerja rumah yang diberi,pastikan ruangan tersebut tidak sibuk. Sewaktu mengulangkaji,pastikan anda merehatkan mata selang beberapa minit dengan melihat tumbuhan hijau atau sekadar mengelipkan mata .
  • Perancangan yang telus dan berjaya akan membantu mengurangkan tekanan emosi dan  mengurangkan  kehilangan tenaga.
Makan secara sihat dan bersenam
  • Makanlah secara sihat,ikut waktu yang ditetapkan dan jauhkan makanan yang tidak sesuai seperti,makanan berlemak,makanan ringan, minuman berais serta berkarbonat.
  • Amalkan senaman ringan diwaktu pagi dan petang,berjalan kaki selama 15 minit sehari membantu pelancaran darah dan membakar lemak. Hindarkan senaman yang keterlaluan.
Aktiviti riadah
  • Luangkan masa untuk beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukan sesuatu yang anda suka selama sejam atau rehatkan diri daripada perkara yang menyebabkan anda tertekan.
  • Dengar lagu kesukaan,bersiar-siar ditaman,membonceng motosikal atau basikal. Menonton wayang bersama sahabat. Beri makanan kepada haiwan peliharaan dan bermain dengan haiwan peliharaan juga membantu mengurangkan stress.
Justeru itu,adalah penting bagi pelajar untuk bijak mengatur masa supaya meraka tidak terbeban dengan tekanan kerja rumah,dan seperkara lagi yang harus pelajar utamakan adalah tidur yang cukup,masa tidur  yang disarankan adalah 7-8 jam bagi orang dewasa dan remaja.

Comments

  1. tolong saye !!! saye selalu dpt lulus je bi lam exam… sedangkan kawn2 semua nye markah tinggi2.. saye nak juge macm tu,, cikgu tanye saye knpe aw dngn bi ? saye ta tau nk ckp ap bub sye ta suke bi ,, bgy saye die susa sangt ,, ehm tolng a sye ,,,

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge