Contoh Resume Penolong Pegawai Tadbir

Salam semua,berkat pagi yang sunyi ini . Saya telah pun menyiapkan contoh resume penolong pegawai tadbir. Ianya telah diisi dengan format resume yang mudah,walaupun agak kaku. Saya berharap ia membantu anda sebagai panduan. Semoga contoh ini membantu anda membuat persiapan menghadapi temuduga kelak.

Muat Turun: Contoh Resume Penolong Pegawai Tadbir 

Contoh Resume Pegawai Farmasi Gred U41

Berkerja sebagai seorang ahli farmasi merupakan kerja yang amat diminati oleh meraka yang meminati jurusan perubatan . Namun sebagai pegawai farmasi yang bertauliah dan professional ,seseorang itu haruslah memiliki syarat yang digarisi.

Seperti keratan laman utama spa malaysia

Syarat Lantikan:
  • Ijazah dalam bidang Farmasi atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan telah berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,570.42 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Resume juga penting untuk menonjolkan semua keistimewaan yang ada pada anda. Jadi penting untuk mengkaji dan menghasilkan resume pegawai farmasi yang memikat. Beberapa contoh resume dibawah sekadar rujukan. Format mungkin berbeza dengan format lain.

1.Contoh resume pegawai farmasi 

2.Contoh resume lepasan  pegawai farmasi

Contoh resume diatas secara langsungnya memberikan anda gambaran tepat tentang bagaimana menulis resume yang berprofil tinggi. Walaupun ia berformat antarabangsa,formatnya yang mudah dapat memberikan anda cetusan idea bagaimana untuk menyusun kembali isi kandungan resume yang boleh anda bayangkan.

 

Contoh Resume Pembantu Meteorologi

Ahli meteorologi juga dikenali sebagai pengkaji cuaca atau peramal cuaca yang membuat kajian tentang cuaca. Meraka yang bekerja didalam jurusan ini membekalkan maklumat terkini tentang butiran minit iklim cuaca di negara ini. Penting bagi meraka untuk menyatakan maklumat berkaitan untuk memastikan resume meraka berketrampilan kelak sewaktu ditemuduga .

Muat Turun : Contoh Resume Pembantu Meteorologi C17

pembantu meteorologi c17

Contoh Resume Pegawai Khidmat Pelanggan

Resume pegawai khidmat pelanggan harus dipersembahkan dengan maklumat yang ringkas,padat dan jelas bagi jawatan yang diiklankan.  Bagi meraka yang bakal menempoh sesi temuduga pegawai khidmat pelanggan pada waktu yang terdekat ini bolehlah bermula membut persiapan agar  persembahan anda dapat memukau para penemuduga . Pentingnya untuk menyatakan komponen yang dapat menunjukkan kekuatan resume anda seperti kemahiran komunikasi,mampu menyerap tekanan dan sebagainya.

Muat Turun:  Contoh Resume Pegawai Khidmat Pelanggan 

Contoh Resume Juruteknik Mekanikal

Khas buat pemohon yang berminat memohon jawatan sebagai juruteknik (mekanikal). Amnya definisi kerja Juruteknik Mekanikal seperti berikut ;

Menyelia kerja-kerja baik pulih dan senggaraan kenderaan Jabatan, loji mesin dan peralatan pejabat serta kerja-kerja teknik serta melaksanakan kerja pengawasan peralatan pesanan, pembelian dan pelupusan peralatan jabatan (Bengkel/Stor).

Contoh resume juruteknik mekanikal ini yang ditempa didalam perisian microsoft word 2010 khas buat meraka yang memerlukan sebagai panduan sahaja. Sekian

Muat turun:  Contoh Resume Juruteknik Mekanikal