Contoh Resume Separa Perubatan

Saban tahun Pihak Spa akan membuka permohonan kepada individu yang berkelayakan mengikuti program diploma separa perubatan bagi yang layak. Tahun kebelakangan ini telah diwajibkan bahawa meraka yang layak mengikuti program ini perlu melepasi peperiksaan dan kemudian temuduga .

Satu peperiksaan online untuk calon separa perubatan bertaraf diploma telah diadakan pada bulan lepas dan keputusan telah dikeluarkan , calon yang menduduki peperiksaan tersebut boleh membuat pemeriksaan disini. http://e-semakan.spa.gov.my/

Bagi yang berjaya , tahniah saya ucapkan manakala yang gagal jangan berputus asa kerana peluang anda masih ada kelak. Seterusnya bagi yang berjaya ,anda akan menduduki temuduga yang mana ia adalah fasa terakhir pemilihan. Inilah masanya anda tonjolkan ketrampilan dan   keazaman anda untuk berjaya mengikuti latihan separa perubatan bertaraf diploma.

Bagi anda yang mencari Contoh Resume Separa Perubatan , belum lagi saya buat. Tetapi jangan risau kerana anda boleh melengkapkan resume anda berdasarkan contoh contoh resume ini.Contoh Resume Asas,,Contoh Resume Pegawai Farmasi .

 

Contoh Resume Kerani – Pembantu Tadbir

Berikutan ramai yang meminta contoh resume kerani,walaupun tidak sesempurna contoh resume yang lain. Saya berharap contoh ini mampu memberikan anda idea atau panduan yang khusus untuk jawatan sebagai kerani atau pembantu tadbir khasnya untuk pemohon jawatan swasta dan kerajaan.

Yang mana kita tahu,jawatan kerani memerlukan kemahiran pengurusan data yang khususnya penting bagi pengurusan aset serta data sesebuah organisasi. Jadi,penting untuk menyatakan isi-isi yang penting yang mengambarkan kemahiran yang diperlukan di dalam resume anda .

Muat turun : Contoh Resume Kerani

Contoh Resume Penolong Akauntan

Bagi meraka yang bakal menghadapi exam penolong akauntan pasti tercari -cari rujukan dan tips bagaimana melepasi exam dan berharap agar terpilih disesi exam tersebut. Begitu juga pentingnya resume penolong akauntan yang  lengkap,ringkas dan tepat. Masih ramai yang masih kabur untuk bagaimana membuat resume yang mampu mendatangkan pekerjaan baginya,terutama yang menanti sekian lama untuk mendapat jemputan temuduga khasnya.

Pemohon seharusnya bijak mencari peluang dan mengetahui strategi bagi menambat hati majikan,menjadi minda seorang penemuduga adalah kunci untuk menguasai temuduga yang berjaya. Ramai yang mengeluh seringkali gagal didalam temuduga kerja amnya,mula menanjurkan jari menuduh ketidakpuasan hati tanda ada yang berlaku tidak adil . Hanya meraka yang berpengalaman seperti para penemuduga mampu melihat kekurangan yang ada pada si pemohon bermula dari langkah pertama memasuki bilik temuduga.

Walaupun begitu,saya telah beberapa kali mengutarakan mesej ini didalam entri yang lepas. Pentingnya kesedaran pemohon itu sendiri mengubah perilaku dan mengetahui apa sebenarnya yang dicari majikan.

 Muat Turun:  Contoh Resume Penolong Akauntan 

Contoh Resume Penolong Akauntan

Contoh Resume Jurutera Awam

Contoh resume jurutera awam khas bagi meraka yang mencari. Jurutera awam adalah satu profession kerjaya yang ada  di dalam bidang kerjaya kejuruteraan. Individu yang memiliki kepakaran sebagai jurutera awam merupakan penghubung antara peringkat pengurusan contohnya”kontraktor,jurutera dan juga pelanggan.  Sebagai jurutera awam meraka harus memiliki kecekapan kemahiran komunikasi yang cekap dan mampu membentangkan usul dengan tepat dan berkesan. Mahir menggunakan alatan kejuruteraan dan teknik baru adalah satu kelebihan dimana kepakaran tersebut membantu memudahkan meraka melakukan tugasan yang sukar dengan mudah mengikut tetapan masa yang ditetapkan untuk memastikan jaminan kepuasan pelanggan terhadap organisasi meraka.

Individu tersebut haruslah berupaya menghasilkan rekaan yang tepat dan mengikut standard organisasi . Peranan sebagai jurutera awam juga tidak hanya melakar rekaan,tetapi meraka juga harus bertanggungjawab untuk pastikan aktiviti pemantauan perkembangan projek mengikut perancangan . Tugas meraka penting untuk kebaikan masyarakat,jurutera awam bertanggungjawab membina jalan raya,lapangan terbang,jambatan,empangan dan infrastruktur yang lain-lain lagi.

Muat Turun:  Contoh Resume Jurutera Awam 

Contoh Resume White Rainbow

Contoh Resume White Rainbow khas buat meraka yang inginkan resume yang ringkas dan bersih .  Tanpa memerlukan ilmu kemahiran yang  tinggi,bakat bukanlah syarat untuk anda yang inginkan sesuatu yang berbeza setiap kali membuat permohonan kerja.

Perbezaan ketara antara kurikulum vitae dan resume

Kurikulum vitae boleh melebihi  dua atau lebih muka surat, sinopsis yang  lebih terperinci  tentang latar belakang dan kemahiran anda.  Resume merupakan ringkasan tentang maklumat diri,pendidikan,pengalaman .

 Muat Turun: Contoh Resume White Rainbow