Surat Rayuan Mohon Kerja Semula

Bertukar kerjaya bagi meraka yang inginkan gaji yang tinggi ,persekitaran kerja baru yang menarik atau bos yang  baru mungkin antara pilihan ramai yang menjadikan faktor bertukar kerjaya setiap tahun. Pekerjaan baru adalah impian meraka yang inginkan perubahan setelah bertahun-tahun kerja tetapi masih tidak meningkat pendapatan gajinya. Walaupun begitu,tak semua yang kita harapkan akan menjadi apa yang kita inginkan.  Post ini khas bagi permintaan pengunjung yang kerap menghantar email dan komen daripada entry ini agar saya membuat contoh surat rayuan mohon kerja semula .

Muat Turun Contoh Surat Rayuan Mohon Kerja Semula  

 

Kamis Bin Razman Isnin
No 02,Taman sena leng lui
,02400 mukim padang rotan
Johor Darul Takzim

Tuan Pengurus ,
Kilang Botol Kicap Sdn Bhd,
05477 Pulau Tioman,
Perak Darul Ridzuan

Tuan,

Rayuan Kerja Semula

Seperti yang tuan sedia maklum,saya baru-baru ini telah memulakan kerjaya baru di sebuah syarikat XXXX. Walaubagaimanapun,tidak seperti yang saya harapkan iaitu jawatan dan persekitaran kerja disitu tidak menepati ciri-ciri jawatan yang saya inginkan. Dengan itu,saya menulis surat rayuan kerja semula dari syarikat Kilang Botol Kicap Sdn Bhd.

Dengan rendah hatinya,saya amat menyesali dengan keputusan saya meletakkan jawatan dan jika tuan sudi menambil semula saya untuk bekerja dengan syarikat tuan. Saya pasti akan memberikan komitmen yang jitu kepada syarikat.

Jika syarikat mengambil saya untuk bekerja semula dan jika jawatan terdahulu kepunyaan saya telah diisi,saya sedar dan memahami keputusan syarikat . Walaupun begitu,saya juga berminat jika ada kekosongan jawatan lain yang boleh saya pohon.

Saya amat berterima kasih kerana syarikat sudi meluangkan sejenak waktu untuk pertimbangan permohonan kerja saya ini. Saya nantikan jawapan dari tuan dan bersedia untuk perbincangan pada bila-bila masa yang tuan tetapkan.

Sekian,terima kasih.

Kamis Bin Razman Isnin

 

Contoh Surat Tawaran Pekerjaan

Apabila syarikat mengambil pekerja baru meraka akan menyediakan surat tawaran kerja yang akan menjelaskan segala kontrak kerja dan faedah kerja syarikat. Walaupun meraka menawarkan pekerjaan samada terus dari telefon,surat tawaran kerja adalah satu kemestian yang harus ada apabila sesebuah sayikat mula mengaji pekerja yang baru.

Surat Tawaran Pekerjaan mempunyai komponen seperti berikut,surat tersebut haruslah mengandungi  maklumat jawatan yang ditawarkan ,tarikh mula bekerja dan maklumat faedah kerja dan program pencen. Walaubagaimanpun contoh dibawah akan memudahkan pencarian anda.

Muat Turun Contoh Surat  Tawaran Pekerjaan 

surat tawaran pekerjaan

Contoh Surat Buka Akaun Simpanan Untuk Pekerja

Syarikat yang mengendalikan perkhidmatan dan pembuatan produk memerlukan tenaga  kerja yang ramai,jadi sebahagian pekerja yang baru tidak memiliki akaun simpanan yang diwakili syarikat untuk pembayaran gaji. Contoh surat buka akaun simpanan ini bertujuan membantu pihak yang terbabit sekadar rujukan. Format mungkin berbeza dengan contoh surat yang lain.

Muat turun:   Surat Buka Akaun Simpanan Untuk Pekerja

Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah

Berhenti kerja bukanlah bebanan bagi anda yang mungkin mengejar kerjaya yang lain atau mencari persekitaran kerja yang baru. Ia mungkin satu titik yang baru bagi anda . Justeru itu,menulis Contoh Surat Berhenti Kerja yang betul penting bagi memastikan kelancaran perjalanan kerjaya anda dan gaji terakhir anda.

Contoh Surat Letak Jawatan Mudah Ini Khas Buat anda yang mencari ,contoh kali ini khas bagi anda yang tidak ingin menyatakan sebab anda meletak jawatan.

 Muat Turun >> Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah

Contoh Surat Rayuan Penangguhan Bayaran Yuran Semester

Kegagalan membayar yuran semester adalah satu kesulitan yang mampu mencicirkan anda dari pengajian . Baik dari segi etika dan juga bukti yang boleh menyusahkan anda pada masa hadapan. Memohon tangguhan pembayaran adalah satu cara sebagai ikhtiar agar  anda dapat meneruskan pengajian dengan hati yang senang.

Surat rayuan ini khas bagi meraka  yang mencari ,khas bagi pengkomen pada entri surat rayuan .

Muat Turun:  Surat Rayuan Penangguhan Bayaran Yuran Semester