Contoh Surat Permohonan Bantuan

Surat permohonan bantuan adalah surat memohon bantuan samada kewangan,pendidikan,dana perniagaan,rumah dan biasiswa dari sesebuah organisasi,agensi dan individu. Format yang digunakan adalah surat rasmi,perlunya ketelitian didalam susunan tatabahasa yang betul dan menyatakan tujuan utama menulis surat permohonan mengikut format yang ada secara tepat .

Contoh surat permohonan bantuan pendidikan dibawah adalah contoh bagi permohonan bantuan pendidikan,format ringkas bagi contoh surat rasmi adalah seperti berikut:

  • Nama dan alamat pemohon
  • Tarikh
  • Nama dan alamat penerima
  • Tuan/puan
  • Perkara (isu anda)
  • Nyatakan tujuan permohonan anda dirangkap yang pertama
  • Nyatakan secara ringkas tujuan anda memohon bantuan tentang  isu yang berbangkit dan mengapa anda memerlukan bantuan tersebut pada rangkap yang kedua
  • Akhiri rangkap yang terakhir dengan menyatakan betapa pentingnya bantuan tersebut dan bagaimana bantuan itu boleh membantu anda .
  • Nyatakan keihklasan anda dengan pernyataan berterima kasih dan disusuli dengan nama anda.

 

 

Contoh Surat Pelepasan

Terdapat pelbagai fungsi surat pelepasan yang ada pada hari ini. Setiap jenis surat pelepasan memainkan peranan bagi sesuatu perkara contohnya pelepasan jawatan dari majikan. Majikan akan mengeluarkan satu surat pelepasan yang akan melepasakan pekerja dari jawatan kerja. Beberapa Contoh surat pelepasan dibawah akan menerangkan fungsinya .

 

 

Muat Turun Versi Ms Doc  Surat Pelepasan Majikan/Surat Sokongan

 

Ling Kuah
General Manager  XXX SDN.BHD
Seberang Prai,penang.

 

Tuan/Puan,

PER :   SURAT SOKONGAN 

Merujuk kepada pernyataan diatas,saya merangkap sebagai majikan disyarikat XXX SDN.BHD mengesahkan maklumat dibawah adalah benar.

2.  Secara rasmi syarikat XXX SDN.BHD mengesahkan bahawa:

NAMA:

NO KAD PENGENALAN:

TARIKH MULA BEKERJA:

JAWATAN :

Adalah seorang kakitangan pekerja di XXX SDN.BHD.

Pihak syarikat amat mengesyorkan ………………….untuk diterima bekerja di syarikat ……..kerana kredibiliti dan kualiti kerjanya sangat baik serta  cemerlang.

Tuan/puan boleh buat pengesahan ini dengan menghubungi kami untuk perbincangan selanjutnya di XXXXXX.

SEKIAN,TERIMA KASIH.

 

Surat Pelepasan Kuliah Atau Kelas

Prof. Ahmad Junior
xxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tuan,

PER:  PERMOHONAN PENGECUALIAN KELAS

Merujuk maklumat diatas,saya XXXXXXX ingin memohon pengecualian kelas kerana terlibat aktiviti luar kampus /sekolah untuk program bantuan sayang sayang .

2. Untuk pengetahuan Prof, saya merupakan ahli kumpulan sayang sayang terlibat dengan satu program bantuan untuk laksanakan misi bantuan gotong-royong di sebuah kampung terpencil utara semananjung.

Berikut Adalah Butir Maklumat Program

  1. Seramai 40 Orang Sukarelawan Terlibat
  2. Jam 8.00 a.m – 12.00 p.m.

Saya berharap Prof dapat memberi izin untuk pelepasan kali ini untuk bersama-sama menjayakan misi bantuan yang mulia ini.

Saya harap kerjasama dari Prof dan amat menghargai jasa.

Sekian,terima kSurat Pelepasanasih

 

Contoh Surat Permohonan Kerja

Memohon perkerjaan didalam sektor swasta dan kerajaan memerlukan semangat yang kental berikutan persaingan yang tinggi pada masa kini,walaupun anda pemegang ijazah tertinggi didalam jurusan anda itu belum pasti anda dapat memiliki jawatan yang diinginkan tanpa sebarang usaha. Perkerjaan tidak mungkin mencari anda tetapi sebaliknya,sebagai individu yang berpengetahuan anda haruslah mempelbagaikan ikhtiar untuk mendapatkan perkerjaan yang diingini.

Contoh Surat Permohonan Kerja berikut boleh membantu anda sebagai panduan untuk menempatkan diri anda berdasarkan perkerjaan yang diingini.

Muat turun : Contoh Surat Permohonan Kerja

  • Rafiq Bin Hazri
  • Tingkat 4 ,no-34,Kg tenuk bahang
  • 045700 Negeri Sembilan.
——————————————————————————————————————
  • Tuan Pengurus,
  • Kilang Eastweed Sdn Bhd
  • Perusahaan 2,lorong kinchan
  • Seberang  Prai Utara,Penang.                                                                                                 25 Oktober 2011

Tuan,puan

  • PER:PERMOHONAN KERJA SEBAGAI OPERTOR MESIN
  • Merujuk perkara di atas,
  • Saya Rafiq Bin Hazri  berminat untuk memohon jawatan sebagai operator mesin disyarikat tuan/puan .
  • 2.Untuk makluman ,saya  adalah lepasan sijil institut kemahiran mara (ikm) yang mengikuti jurusan juruteknik komputer. Pengajian saya tamat pada  jun 2011 yang lepas.
  • 3.Kini,saya bertugas sebagai juruteknik komputer sambilan di ibu negeri sembilan selama 2 tahun sehingga kini. Sebab saya membuat permohonan kerja ini adalah disebabkan ingin mencuba persekitaran kerja yang baru dan pengalaman kerja saya mungkin menjadi aset syarikat kelak sekiranya saya diambil berkerja disyarikat tuan/puan.
  • Saya amat berharap permohonan kerja ini akan tuan/puan pertimbangkan kerana saya ingin berkerja dan memberi sepenuh perhatian disamping meningkatkan margin keuntungan syarikat .
  • Sekian,terima kasih.
     Yang Benar
   —————
(Rafiq Bin Hazri)

Contoh Surat Rayuan Ke IPG

Tinggal beberapa hari sahaja lagi calon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang telah lulus akan melapor diri  iaitu pada 13 jun 2016. Berdebar rasanya tetapi tahniah saya ucapkan bagi yang berjaya , Bagi yang tidak berjaya anda tidak perlu risau kerana masih banyak peluang lain yang ada untuk diceburi.

Di kesempatan ini juga saya melihat terdapat banyak carian keyword “Contoh Surat Rayuan Ke IPG ” menerusi keyword  memasuki blog ini,lantas saya menyediakan contoh untuk membantu anda mencuba nasib membuat rayuan kedua.  Muat turun Contoh Surat Rayuan Ke IPG 

ipg

Contoh Surat Pertukaran Kelas Tingkatan 4

Surat memohon penukaran kelas dari tingkatan 4  adalah bagi memenuhi permintaan ramai pengunjung terkini. Diharapkan contoh surat mohon pertukaran kelas ini akan sedikit sebanyak membantu meraka untuk berpindah ke kelas yang lain.

 

Kepada
Tuan Pengetua
(Nama Sekolah)
(Alamat)

Tuan,

Saya adalah pelajar kelas ____________ di sekolah tuan pengetua . Saya terasa amat terhutang budi sekiranya pengetua mengizinkan saya untuk menukar kelas dari kelas _____________kepada kelas _________.yang mana akan sangat membantu saya.

Saya mempunyai ramai sahabat di kelas_______. Meraka tinggal berdekatan dengan tempat tinggal saya. Jika saya ditukarkan ke kelas __________, kami dapat menjalankan kumpulan belajar bersama-sama. Cara ini akan membantu saya mendapat keputusan yang lebih baik didalam pencapaian saya kelak. Saya yakin yang tuan pengetua akan membenarkan saya untuk menukar kelas ini.

Sekian,terima kasih

Yang Benar

,
(Nama Anda)
(Kelas)

Contoh Lain Surat Pindah Kelas

Pindah Kelas

Download : Contoh Surat Pertukaran Kelas Sains To Kelas Akaun