Contoh Surat Rasmi Rayuan

Surat rayuan biasanya digunakan untuk membuat permohonan buat kali kedua,terdapat beberapa jenis surat rayuan yang kerap digunakan untuk membuat permohonan seperti,rayuan memohon kursus,program,biasiswa dan perkerjaan. Dibawah perenggan ini adalah Contoh Surat Rasmi Rayuan bagi permohonan ke Mrsm . Semoga ia menjadi panduan bagi anda .

 

Rayuan Ke Mrsm

Apa Nak Buat Selepas Spm

Apa yang akan anda buat selepas spm – persoalan yang berlegar-legar diminda calon spm memikirkan hala tuju selepas exam. Bagi meraka yang tidak terpilih untuk plkn – meraka akan mula memikirkan perancangan dan kegiatan yang ingin dilakukan setelah tamat belajar spm. Sebagai seorang remaja masa kini,jika anda tidak terpilih untuk plkn terdapat pelbagai kegiatan bermanfaat yang boleh dilakukan sepanjang tempoh tersebut.

Tips berikut akan membantu anda membuat penilaian terhadap persoalan”apa nak buat selepas spm”.

spm

Asah penguasaan bahasa inggeris
Penguasaan bahasa inggeris tidak lagi dipandang remeh pada masa kini,ia sememangnya dilihat membantu individu meningkatkan kualiti diri dan memudahkan interaksi pada nasa hadapan kelak.

Libatkan diri dengan aktivti masyarakat
Penglibatan remaja khasnya didalam aktiviti masyarakat adalah perlu untuk membentuk jati diri dan sahsiah. Pergaulan diantara lapisan masyarakat akan membantu remaja menyiapkan diri didalam dunia baru kelak. Sesetengah remaja akan mengalami kejutan budaya apabila bertemu budaya yang tidak pernah dilihat atau dialami – ia boleh mengakibatkan kesan buruk didalam konteks sosial dan pergaulan.

Ambil kursus jangka pendek
Pada waktu yang terluang ini,masa beginilah  sesuai bagi para remaja mengisi dan mencari kemahiran baru untuk meningkatkan produktiviti meraka yang tersendiri. Pilihlah kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh institusi kita. Contohnya meraka yang meminati bidang masakan – boleh memohon di kolej komuniti,sebenarnya banyak lagi seperti -bahasa arab,inggeris,buat blog,dandanan rambut dan pelbagai lagi. Jangan pandang rendah terhadap kursus jangka pendek ini kerana ia telah membantu ramai penuntut pengajian tinggi membuat pendapatan sampingan dengan bantuan kursus ini.

Kurus Badan sebagai persediaan
Dulu,masa belajar anda tidak mempunyai masa untuk menguruskan badan. Kini – anda mempunyai masa untuk kuruskan badan. Ramai orang kata kalau masuk universiti atau politeknik,orang obesiti paling teruk kena buli sebab banyak akitiviti dijalankan. Teknik kuruskan badan boleh diperolehi dengan mudah dinternet – cara baring,meniarap,duduk semuanya ada.

Kerja Part Time – Pilih yang bermanfaat
Ramai calon spm memilih untuk bekerja selepas tamat belajar – katanya ingin mencari wang saku untuk pengajian tinggi kelak. Kebenaran memang benar sekali,tetapi pilihlah pekerjaan yang bukan hanya memberi anda wang tetapi ilmu yang berguna. Adalah tidak dinafikan ramai penuntut pengajian tinggi melakukan kerja part time untuk menyara diri dan kos pengajian – tetapi tidak dinafikan juga masa meraka agak terhad lalu pelajaran meraka terjejas. Contohnya – kerja sebagai pembantu warung burger,jual makanan dan minuman di pasar malam,jual baju bundle dan sebagainya. Perniagaan jenis ini anda boleh lakukan sebagai pelajar dimasa lapang dan keuntungan tinggi dimana anda hanya perlu masa yang pendek sahaja.

Cara Lulus Cemerlang Setiap Peperiksaan

Mendapat keputusan cemerlang adalah matlamat setiap individu yang mengimpikan kejayaan dan masa depan yang cerah. Bagaimana nak berjaya didalam peperiksaan samada di institusi pengajian tinggi,rendah dan juga awam,iltizam dan usaha adalah satu-satunya jalan untuk anda berjaya didalam mana-mana peperiksaan.

Apakah Faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan didalam peperiksaan

  • Jika anda melihat kembali kepada faktor kegagalan anda mencapai keputusan yang baik,ia akan membantu anda mengenal pasti punca dan kaedah penyelesaiannya. Antara faktornya:
  • Malas ulang kaji contoh soalan dan fakta pelajaran
  • Tidak suka bertanya kepada senior yang lebih mengetahui bentuk soalan atau guru.
  • Suka bertangguh kerja

1. Malas ulang kaji contoh soalan dan fakta pelajaran
Pelajar amnya jika tidak ditekankan kepentingan mengulangkaji pelajaran,meraka akan sentiasa terawangan menerokai dunia meraka seperti menonton tv,bermain game,bercinta,dan sebagainya. Jika ibu bapa atau penjaga tidak pernah mengambil peduli akan anak-anak,jangan sesekali mengharapkan apa pun kebaikan daripada anak-anak,melainkan anak-anak yang rabun mata ibu-bapa haruslah mengetahui jika ada anak rabun meraka akan malas ubtuk berbuat apa sahaja terutama sekali mengulangkaji. Bawa meraka melalui pemeriksaan mata dan dapatkan cermin mata atau kanta lekap (contact Lens).

2. Tidak suka bertanya kepada senior yang lebih mengetahui bentuk soalan atau guru.
Soalan terdahulu adalah sebenarnya kunci utama untuk anda skor markah tinggi didalam mana-mana exam,walau pun peperiksaan dijalankan setiao tahun ,soalan atau jawapan terdahulu pasti akan diambil dari exam-exam lepas. Bertanyakan kepada sahabat atau senior anda akan soalan-soalan dahulu. Ia mungkin kunci kejayaan anda.

3. Suka bertangguh kerja
Budaya tangguh kerja adalah satu singktan english “procrastination”budaya tangguh kerja untuk melakukan kerja yang seronok dahulu. Bagi sesetengah orang ia adalah biasa tetapi hampir semua yang mengamalkannya akan terkecundang apa sahaja misinya. Bagi remaja budaya seperti ini akan memupuk dan menanam sikap menangguh sehingga tua. Elakkan menangguh kerja anda.

Bagaimana Membuat Persediaan Peperiksaan Spa 2014

Mana-mana individu atau meraka yang telah terpilih untuk peperiksaan awam sebelum ini,meraka akan menasihatkan anda supaya fokus kepada ulang kaji akan soalan-soalan  tahun sebelumnya. Soalan exam merupakan antara kata kunci terpenting untuk calon menempa kejayaan didalam mana-mana exam spa .

Tips Bagaimana Nak Mulakan Kajian Keyword Contoh Soalan Peperiksaan Spa

Apabila anda memulakan pencarian kata kunci,anda hendaklah tahu apakah nama kepada exam tersebut contohnya,contoh soalan peperiksaan penolong akauntan w27.  Lihat  kepada enjin carian anda -google,ask.com,bing dan sebagainya. Pilih kata kunci yang pendek kerana jika anda mencari keyword yang pendek carian enjin akan mengesyorkan keyword yang lazimnya dicari calon sebelum ini.

Enjin carian seperti google  amat membantu sekiranya  anda ingin mencari jika ada maklum balas calon yang pernah meduduki exam sebelum ini. Sesetengah meraka akan berkongsi didalam blog personal meraka sendiri atau sesetengah tempat seperti forum,group,rangkaian sosial seperti facebook dan twitter. Enjin carian akan memaparkan link meraka jika carian anda tepat dan populariti link .

Panduan Yang Lebih Khusus Dan Membina 

Bagi yang lebih melihat kepada pendekatan mudah dan yakni membantu meraka menghadapi exam spa ,terdapat rujukan khas biasanya akan disediakan oleh tim infokerjaya. Matlamatnya mudah iaitu membantu calon exam berjaya didalam mana-mana exam spa yang dijalankan. Namun,para pembeli diingatkan bahawa rujukan yang dibekalkan bukanlah contoh soalan sama bagi exam tetapi ia adalah rujukan yang membina dan persediaan khusus untuk para calon. Bukti kejayaan para calon yang telah membeli rujukan dapat dirujuk pada laman jualannya.

examCara Nak Dapatkan Rujukan Khas Dari Tim Infokerjaya

Tim infokerjaya akan menyediakan rujukan sekiranya terdapat permintaan daripada calon exam ,biasanya setelah calon mendapat surat exam. Calon baru boleh mendapatkan rujukan terus daripada laman utamanya.Namun biasanya apabila sesetengah kata kunci exam spa mula dicari oleh calon,para affiliate akan mula mengedarkan link jualan terus kepada artikel carian calon. Sebelum membayar ,calon harus memahami setiap syarat dan langkah yang perlu untuk membayar dan memaklumkan kepada pihak infokerjaya.

Sekian,adalah diharapkan artikel sepatah dua yang tidak lengkap ini membantu para calon exam spa 2014 untuk lebih bermotivasi untuk menghadapi exam.

Koleksi Contoh Resume Buat Tatapan

Hampir 2 tahun setelah saya usahakan laman ini untuk membantu saudara-saudari kita yang memerlukan panduan dan contoh resume,sekadar mengisi ruang masa yang terbuang agar ia tidak menjadi sampah sarap. Review koleksi contoh resume ini khas buat meraka yang mencari dan menilai contoh resume pada masa yang lepas. Buat meraka yang memerlukan. Resume khasnya,penting bagi meraka inginkan panduan serta contoh terbaik yang boleh meraka ikuti dan lantas memperbaiki resume untuk menarik perhatian pembaca khususnya,majikan yang berpotensi.

Berikut adalah entri-entri contoh resume bahasa melayu serta resume rekaan khas adobe photoshop yang tak seberapa cantik.

1. Contoh resume bahasa melayu 

Khas buat meraka yang inginkan resume yang mudah,nampak ringkas tapi mudah difahami dan lengkap. Lain dari contoh yang lain . 

2. Contoh resume bahasa english

Resume yang dibuat didalam bahasa english,penting bagi meraka yang ingin memohon jawatan yang khusus cthnya jawatan sektor swasta.

3. Contoh Resume Juruteknik Komputer

Contoh resume khas buat meraka yang ingin memohon jurusan juruteknik atau yang berkaitan. Walaupun ia hampir sama,resume ini telah diedit menjadi sedikit kemas . 

4. Cara Mudah Buat Resume 

Contoh mudah ini berguna bagi meraka yang mengejar masa,sekadar format resume yang ringkas tapi lengkap dan tepat. 

5. Set Lengkap Contoh Resume dan Surat Iringan 

Set resume ini dan surat iringan hasil dari kreativiti yang tak seberapa,bagi saya ia merupakan satu usaha yang baik bagi meraka yang ingin mencuba kaedah ini untuk menarik perhatian .

6. Blue Grey Contoh Resume 

Resume adobe photoshop ke-2 ,penambahbaikan dari segi warna,rekabentuk dan mudah untuk digunakan. 

7. Contoh Resume White Rainbow 

Resume photoshop yang bercirikan warna warni,sesuai bagi meraka memohon jawatan pereka grafik. 

Walaupun kadar  kejayaan bagi yang telah menggunakan contoh resume ini masih kabur untuk saya keluarkan penghargaan,saya  amat berharap agar ia membantu bagi yang memerlukan,sekadar perkongsian dan mungkin imbuhan pahala untuk saya sepanjang blog ini ditubuhkan ,insyallah. Sekian terima kasih.