Bagaimana Membuat Resume Terbaik Kerja Kerajaan

Bagaimana buat Contoh Resume Terbaik untuk kerja kerajaan samada untuk jawatan sektor persekutuan mahupun pejabat kerani daerah. Setiap resume tersebut memerlukan calon mempersembahkan kelebihan yang ada pada dirinya dan  menyerlahkan kelayakan untuk mengisi jawatan yang diiklankan. Mengetahuai syarat keperluan seperti maklumat kerja,skop tugas dan menggunakan kata kunci yang betul adalah tiket menempah jawatan di sektor kerajaan.

Persiapan diri memohon jawatan di sektor kerajaan

Buat kajian tentang setiap skop tugas seorang penjawat awam di setiap agensi kerajaan ,beri perhatian tentang perbezaan cara pelaksanaan setiap agensi tersebut,dengan cara ini anda akan dapat mengenal pasti definisi yang paling releven tentang maklumat tugas,tanggungjawab,kemahiran dan kata kunci yang penting. Berikan keutamaan terhadap syarat yang diperlukan untuk jawatan tersebut yang boleh digunakan untuk memperbetulkan kesalahan resume anda.

Gunakan kelebihan yang ada pada anda yang membolehkan resume anda kelihatan professional seperti meletakkan kata kunci yang baik seperti meletakkan ijazah anda dan jenis pengkhususan di baris kedua perenggan resume sekiranya itu yang dipinta  jawatan yang diiklankan. Inilah masa yang sesuai untuk anda menonjolkan ijazah tertinggi yang ada pada anda.

Jelaskan pengalaman yang dicapai terutamanya yang boleh dibanggakan pada masa yang lepas contohnya berjaya meningkatkan pendapatan syarikat selama 2 tahun berturut-turut atau mendapat pengiktirafan berdasarkan budaya kerja yang gemilang.

Salah satu faktor yang  boleh menguatkan resume anda juga dengan menggunakan kata tindakan didalam resume cthnya: meningkatkan,menulis,menghasilkan.  Setiap barisan ayat disusun secara rapi akan meningkatkan peluang baik bagi resume anda.

 


Speak Your Mind

*

CommentLuv badge