Bagaimana Email Resume Kepada Majikan

Salah satu cabaran terbesar bagi pemohon perkerjaan adalah memastikan resume selamat sampai di meja majikan. Tanpa perhatian yang telus,resume yang bakal anda emailkan kepada bakal majikan mungkin tidak diformat dengan betul dan kaya dengan kesalahan yang boleh menjejaskan permohonan anda.

Antara tips yang boleh membantu membaiki kemahiran penghantaran email resume yang baik adalah dengan berlatih menghantar resume tersebut kepada email anda sendiri,email kepada sahabat dan juga kenalan dapat membantu anda dengan pendapat bernas meraka tentang format resume yang digunakan.

Buat satu muka surat resume yang baik dan bermutu tinggi. anda boleh dapatkan contoh didalam internet. Jangan memasukkan sebarang simbol,gambar,hak cipta ciplak yang boleh menjejaskan penampilan resume anda .

Berhati-hati sewaktu meletakkan tajuk didalam email resume anda,jangan memulakan tajuk resume anda dengan tajuk yang kelihatan seperti spam contohnya:peluang kerja,minta kerja,perkerja yang berdedikasi ,sebaliknya anda boleh gunakan susunan ayat seperti”Resume permohonan untuk jawatan penyambut tetamu”. Cari contoh yang sedia ada boleh membantu sebagai panduan yang berguna .

Speak Your Mind

*