Bagaimana Buat Resume Fungsian Untuk Graduan

Sebagai seorang graduan yang baru menghabiskan pengajian,perkara seterusnya yang akan dilakukan ialah memohon pekerjaan. Namun untuk memperolehi perkerjaan yang diminati adalah satu cabaran. Seorang graduan merupakan individu yang mempunyai pengalaman kerja yang terhad ,manakala kebanyakan majikan lebih cenderung memilih calon yang mempunyai pengalaman kerja berbanding calon lepasan graduan. Namun,usah biarkan alasan ini melemahkan semangat anda selagi anda belum membuat permohonan kerja dengan menggunakan Resume Fungsian.

Berbanding dengan resume fungsian,resume kronologi merupakan kelebihan bagi meraka yang menpunyai pelbagai pengalaman kerja dan tahap bidang kerja yang berbeza. Namun salah satu kelebihan yang dapat dikenal pasti membantu menonjolkan kelebihan pada pemohon lepasan graduan adalah menguatkan kemahiran umum lepasan graduan yang disesuaikan dengan syarat sesebuah agensi,syarikat tentang jawatan yang ditawarkan dan disusuli kata kunci yang tepat menggunakan maksud yang tepat dan berkesan.

Contoh Kemahiran Yang Terbaik

  • Memotivasikan perkerja lain
  • Pengurusan Masa
  • Pengurusan Kewangan
  • Pelatih
  • Menguruskan Aduan
  •  Merangkap Tugas Yang Berbeza
  • Mahir menggunakan perkakasan komputer
  • Mempunyai Pelbagai Kebolehan Bahasa
Sesetengah pakar juga mengesyorkan pemohon untuk mengabungkan format resume fungsian dan resume kronologi kerana pengabungan ini membantu pelajar memperolehi perkerjaan yang diingini. Calon mungkin tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja ,namun cuba lihat dari perspektif ini contohnya,jika agensi ,syarikat memerlukan calon perkerja didalam bidang teknologi maklumat amnya,calon pemohon boleh menyatakan pengalaman yang berkait dengan teknologi komputer seperti pembantu sistem komputer makmal  sekolah dan sebagainya. Dengan ini calon majikan yang berpotensi dapat melihat kesinambungan yang berkait dengan jawatan yang diiklankan dengan pengalaman yang ada pada calon pemohon.

Speak Your Mind

*