Bagaimana buat objektif resume untuk para lepasan universiti

Resume yang baik adalah terdiri dari komponen mudah seperti maklumat diri,maklumat akademik,pengalaman kerja dan komponen asas yang lain. Namun untuk  memastikan tujuan utama penghasilan resume menjadi, menulis resume yang mampu memberikan tawaran kerja sebaik anda menghantar resume untuk bakal majikan yang berpotensi adalah matlamat pertama pemohon perkerjaan. Objektif resume adalah satu komponen yang penting dan kerap pemohon tidak ambil peduli didalam fasa permohonan kerja .

Berdasarkan pandangan pakar-pakar,susunan objektif resume yang menarik mampu menarik minat majikan untuk memahami kelebihan  dan kemahiran yang ada pada si pemohon.

Menulis objektif resume tidak memerlukan peggunanan susunan perkataan yang banyak kerana kebanyakan majikan mempunyai masa yang terhad untuk menilai resume anda,pilih perkataan yang mampu menerangkan kemahiran dan kelebihan yang ada pada diri anda dan padankan dengan jawatan yang diiklankan,dengan itu resume yang anda hasilkan lebih relevan dan menarik. Objektif resume yang baik tidak harus melebihi 3 baris perkataan,pendekkan ayat tersebut dengan ayat pilihan sinonim yang baik.

Salah satu punca objektif resume yang ditulis tidak memberi maklum balas yang baik kepada si pemohon adalah disebabkan pemohon lebih suka menyalin terus salinan objektif resume didalam mana jua sumber. Tulis objektif resume berdasarkan keperluan syarat jawatan  tersebut contohnya;untuk mendapatkan jawatan xxxx  dan peluang untuk saya menggunakan xxxx,sebaliknya gunakan pendekatan seperti sumbangan dan kekuatan yang boleh anda berikan kepada jawatan tersebut seperti,pengurusan masa yang baik,komunikasi dan sebagainya.

Setiap susunan ayat objektif resume adalah penting untuk menyampaikan maklumat yang diinginkan oleh para majikan,oleh itu jika anda masih  was-was dengan resume anda,dapatkan pandangan dan penilaian dari pihak yang boleh dipercayai dan mampu membetulkan kesilapan anda.

 

 

Comments

  1. masih ada yang masih blurr nak buat rsume nih..biarpun pelajar universiti. hoho..
    titan recently posted..Evolusi Sinar Niaga 2011My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge