Bagaimana buat contoh resume terbaik

Resume yang baik dan tiada kesalahan merupakan satu faktor  pembuka ruang  peluang perkerjaan. Jawatan yang diiklankan merupakan isyarat bagi anda yang sedang mencari setiap lubang perkerjaan dan juga peluang bagi majikan yang mencari perkerja yang berkebolehan meningkatkan margin keuntungan serta kebaikan untuk syarikat dan sebagainya . Resume yang terbaik haruslah ringkas dan padat dan menjadi sebab yang bagus untuk majkan mengaji anda .

Pilih reka bentuk yang menarik bagi resume anda supaya ia mampu memberikan seribu persepsi terhadap  kandungan resume anda,Contoh Resume Terbaik  yang boleh menarik perhatian majikan adalah bergantung bagaimana anda mengkategorikan jenis resume anda sama ada bagi resume kronologi iaitu menunjukkan sejarah kerja anda yang bermula dari hari pertama anda berkerja sehingga terkini,resume jenis ini sesuai bagi meraka yang memiliki sejarah kerja yang stabil didalam tempoh masa yang panjang. Resume fungsian pula menyenaraikan sejarah kerja  anda bermula dengan kerja yang diberikan kepada anda sehingga kini,resume jenis ini sesuai bagi Lepasan Graduan yang mempunyai pengalaman kerja yang terhad .

Pastikan maklumat yang diberikan tepat dan terangkan kelebihan yang ada pada diri anda supaya anda kelihatan layak menjawat jawatan yang ditawarkan. Majikan yang berprofil tinggi tidak akan membaca keseluruhan resume anda dan kemungkinan besar jika resume anda tidak menyatakan kata kunci yang tepat mahupun maklumat tepat,besar kemungkinan resume anda hanya sampai dimeja kerani .

Mesti jujur, jangan palsukan pencapaian akademik anda dan pengalaman kerja anda. Setiap Temuduga yang dijalankan pasti menemui sebarang kecacatan yang anda sembunyikan.

 


Comments

  1. MOHAMAD FAISAL BIN ABDUL MA'AID says:

    contoh resume

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge