Apakah asas membuat resume yang terbaik

Terdapat beberapa syarat sebelum memulakan penulisan resume dan anda perlu untuk menggariskan asas pembuatan resume berkaitan maklumat  yang diperlukan untuk menghasilkan resume yang lengkap,ringkas dan tepat.

Sediakan nota supaya anda boleh mencatatkan  sebarang maklumat atau info yang berkaitan sewaktu anda sumbangsaran idea asas resume.

Beberapa tips untuk  penulisan resume yang baik

  • Mulakan dengan mengumpul maklumat tentang pendidikan anda
  • Pengalaman kerja
  • Aktiviti yang pernah dilalui
  • Kemahiran

Jika anda menulis resume kronologi,anda haruslah menyusun makumat anda mengikut urutan yang sesuai,mulakan dengan

  • Masukkan objektif resume selepas  maklumat peribadi anda
  • Nyatakan semua maklumat pendidikan yang berkaitan seperti  jenis sekolah,ipta,tahun yang dihadiri dan tempoh pengajian. Masukkan juga senarai sijil,ijazah dan (gpa) yang anda perolehi.
  • Jika anda tidak mempunyai pendidikan sehingga peringkat ipta,nyatakan maklumat tertinggi anda seperti  tamat tingkatan 6 atau 5 .
  • Nyatakan maklumat pengalaman kerja  yang terdahulu,senarai perkerjaan,majikan,tempat,tahun dan jawatan yang disandang.
  • Anda juga boleh nyatakan apakah oganisasi,persatuan yang pernah anda sertai dan nyatakan jawatan yang anda miliki seperti bendahari,setiausaha dan tahun anda menyertainya.
  • Nyatakan juga kemahiran yang anda miliki seperti kebolehan  bahasa,kemahiran teknikal seperti  mahir menggunakan komputer dan sebagainya.
  • Selain itu,anda juga boleh menguatkan resume kronologi anda dengan meletakkan kata kunci yang sesuai dan berkesesuaian didalam jawatan dipohon pada bahagian objektif resume .

Kesimpulannya,menghasilkan resume yang ringkas tapi padat dengan maklumat yang relevan adalah lebih berkesan didalam urusan memohon perkerjaan .

Speak Your Mind

*