Apa Yang Tidak Perlu Dimasukkan Didalam Resume

Penting untuk anda mengetahui apa yang tak perlu dimasukkan didalam resume anda. Sudah pastinya,maklumat yang ada didalam resume mestilah berkait rapat dengan pekerjaan yang anda mohonkan. Dengan cara ini,majikan secara amnya dapat menilai akan potensi anda hanya dengan mengimbas maklumat tepat tentang diri anda sahaja.

Walaupun hampir semua diantara kita mengetahui resume tidak memerlukan tajuk atau pengenalan dokumen,jangan sesekali letakkan tajuk resume pada kertas resume anda. Pada sekali pandang,sudah pasti majikan dapat membezakan apakah jenis dokumen tersebut.

Resume juga tidak memerlukan tarikh sepertimana anda menulis surat seperti surat rayuan,permohonan dan sebagainya. Tarikh biasanya digunakan untuk menyatakan tarikh anda memperoleh ijazah atau yang berkaitan.

Bila anda membuat resume untuk kerja swasta dan kerajaan,anda harus pastikan dimanakah perbezaannya. Resume khas kerja keraajaan amnya memerlukan anda membuat resume secara terperinci tentang maklumat diri ,agama,status perkahwinan,jantina yang mana beza untuk kerja khas swasta adalah sebaliknya . Resume untuk jawatan khas swasta mungkin hanya memerlukan maklumat diri yang asas seperti nama ,alamat,email no telefon.

Pelajar yang cemerlang tidak risau tentang gred apabila ingin memasukkan didalam resume,walaubagaimanapun jika anda bimbang tentang  mendapat gred rendah,anda tidak perlu mengisi gred anda didalam resume. Anda masih boleh meletakkan maklumat pendidikan anda dan anugerah serta pencapaian lain.

Anda tidak perlu memasukkan secara terperinci tentang maklumat perkerjaan anda,kesimpulannya anda hanya metakkan jawatan terakhir anda 4-10 tahun yang lepas melainkan anda memiliki jawatan yang  dapat menunjukkan kemahiran anda. Tinggalkan pengalaman kerja anda yang tidak berkaitan melainkan ia meninggalkan jurang masa sewaktu anda bekerja.

Sesetengah syarikat tidak sukakan anda meletakkan hobi yang tidak berkait dengan kerja anda. Cuba elakkan dari meletakkan hobi yang tak berkaitan melainkan ia berkait seperti”hobi anda tentang binatang dimana anda suka membela haiwan ternakan”.

Elakkan dari menyatakan anda tidak berjaya atau tidak mencapai ,berikan pernyataan yang sesuai apa yang anda boleh atau capai. Contohnya,jika anda masih berada di pangku sekolah jangan sesekali nyatakan anda tidak  tamat lagi,sebaliknya nyatakan tarikh tahun anda tamat graduasi.

Daripada anda nyatakan kurang pengalamankerja,cuba nyatakan pengalaman kerja yang telah ditimba.

Comments

  1. banyak juga perkara yang tak perlu dinyatakan
    dan boleh pula untuk tidak disertakan dalam resume
    TehR recently posted..Orang KataMy Profile

  2. Sekiranya kita ingin membuat permohonan secara bertulis dengan menghantar resume kepada majikan, sebaik-baiknya hendaklah disertakan dengan surat iringan yang ringkas dan padat. Walaubagaimanapun, maklumat di dalam surat tidak boleh bertindih dengan maklumat dalam resume. Tq.

  3. Apakah rasionalnya..resume yang mantap, kelulusan yang hebat dan personaliti yang bagus tetapi masih tidak layak untuk memegang jawatan? yang biasa-biasa saja tu mudah saja diterima bekerja..kroni?

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge