7 tips membuat resume yang ringkas tapi Berjaya

Seperti yang diketahuai,resume adalah ringkasan sejarah tentang perkerjaan anda,maklumat diri yang harus ditulis dengan cermat,ringkas tapi padat dengan maklumat yang diperlukan oleh majikan yang berpotensi untuk  mengetahuai lebih lanjut tentang diri anda dan seterusnya mengundang anda untuk sesi  temuduga. Resume yang ditulis dengan fakta,maklumat yang banyak hanya akan  menyusahkan diri anda. Tujuan menulis resume haruslah bersandarkan kepada maklumat  jawatan yang dipohon. Acap kali kedengaran kegagalan pemohon untuk menyediakan resume yang dipinta majikan dan resume yang dihasilkan adalah berdasarkan menyalin semula dan rata-rata diantara pemohon kurang mengambil berat akan syarat yang diiklankan oleh majikan.

Didalam kepantasan era ekonomi  yang tidak menentu pada masa kini,anda sebagai pemohon pekerjaan tidak harus leka .

7 Tipsmembuat resume

  1. Sebelum memulakan penulisan resume,sediakan sattu nota kecil untuk anda catatkan sebarang maklumat yang terhasil dari idea sumbangsaran anda sendiri. Catatkan secara ringkas tentang siapa diri anda dan jenis kerjaya  yang anda inginkan,jawatan apakah yang anda inginkan,dan bagaimana mencari objektif untuk mencapai tujuan anda itu. Disini anda akan mula membentuk idea penulisan resume yang kretif dan inovatif.
  2. Pilih susunan yang sesuai untuk anda nyatakan setiap komponen yang penting seperti  maklumat diri,maklumat pendidikan,pengalaman kerja dan sebagainya.
  3. Gunakan kata kerja yang sesuai untuk menampakkan kesan yang lebih berkesan .
  4. Gunakan font yang mudah dan kelihatan professional,font seperti arial dan times new roman adalah yang terbaik setakat ini dan gunakan saiz 11 atau 12 untuk font tersebut.
  5. Masukkan hanya maklumat yang penting dan elakkan  menggunakan komponen seperti hobi dan minat anda kerana ia tidak penting .
  6. Dapatkkan bantuan kawan-kawan,guru dan dan keluarga untuk menilai resume anda untuk sebarang kesilapan font,kata kunci atau sebagainya
  7. Sediakan 2 atau 3 rujukan  ,komponen ini akan menambahkan keyakinan majikan sekiranya perlu mengesahkan kesahihan anda.

Tips mudah tapi ringkas dan padat boleh membantu anda menghasilkan resume yang berkesan,disamping menambah peluang untuk diterima. Gunakan masa dan perancangan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

Speak Your Mind

*