5 Tips Untuk Buatkan Bos Sukakan Anda

5 tips untuk buatkan bos sukakan anda

Persekitaran kerja yang aman dan selesa adalah salah satu ciri yang setiap daripada kita inginkan. Mempunyai majikan dengan perwatakan yang menyenangkan akan memudahkan kerja seharian anda,malah ketenangan ditempat kerja merupakan punca keharmonian rumah tangga.

5 tips untuk buatkan bos sukakan anda:

  • Jangan jadi pengampu,maksudnya jangan iyakan dengan jawapan ”ya” setiap kali majikan  mencadangkan sesuatu perihal atau anda hanya akan  menyusahkan diri untuk apa yang anda tidak tahu. Namun pada masa yang sama, janganlah sampai anda mendatangkan kemarahannya apabila idea yang disampaikannya ditolak mentah-mentah oleh anda,biarkan dia menjiwai situasi tersebut.
  • Letakkan matlamat yang boleh dicapai,jika anda diminta untuk menganggarkan peruntukan masa untuk sesuatu projek,cthnya:bos meminta anda menyiapkan projek tersebut didalam tempoh kurang 24 jam yang mana diluar dari kawalan anda, nyatakan yang anda inginkan masa lebih daripada 24 jam kerana ia mungin memakan masa lebih dari tempoh tersebut. Berikan keterangan atau alasan yang munasabah dan berkait dengan aktiviti yang bakal djalankan.
  • Jangan tunggu pada saat yang terakhir jika timbul masalah,majikan amat tidak menyukai kejutan . Tanggungjawab majikan adalah memastikan organisasinya tersusun rapi. Jika timbulnya masalah didalam projek yang dijalankan,pastikan majikan anda mengetahuinya secepat mungkin. Terangkan kepadanya,apa yang anda lakukan untuk menangani situasi tersebut dan menanyakan kepadanya samada  perlukah untuk memberi tekanan kepada perkerja atau membahagikan tugas kepada perkerja yang lain. Jika masa mengizinkan,gunakan kuasa yang anda ada untuk redakan atau menyelesaikan situasi tersebut,jika anda kekalkan prestasi tersebut,majikan dengan senang hati untuk meletakkan pengurusan projek yang seterusnya kepada anda.
  • Beri perhatian didalam mesyuarat. Majikan mengadakan minit mesyuarat untuk projek yang di jalankan,setelah selesai membentangkan ucapannya,dia kemudian akan menanyakan jika ada sesiapa yang ingin menambah atau menyarankan cadangan atau sebarang rancangan. Jika tiada sesiapa yang menyahut,maka mesyuarat tersebut akan diakhiri dengan cepat,sebenarnya anda boleh mencuri perhatian majikan jika anda berani menyahut dan menanyakan soalan yang bersesuaian.
  • Elakkan daripada meninggalkan kesan tapak tangan anda pada monitor komputer majikan anda. Ini pantang yang harus dielakkan.

Beri perhatian bahawa majikan anda bukanlah sesorang untuk anda jadikan sebagai kawan baik . Tapi berbekalkan komponen yang mungkin anda ada  seperti tips di atas, anda mungkin akan menjadi perkerja harapan yang sentiasa dijaga ,selalu medapat perhatian yang lebih.  Hubungan diantara majikan dan pekerja adalah satu hubungan yang perlu dibentuk melalui persefahaman kerja yang panjang,pastikan anda berkomunikasi dengan baik dan elakkan konfrontasi. Kerja apa yang best Jobs in Malaysia  atau ingin mencari perkerjaan baru Interview Tips

Comments

  1. Bos pasti suke lepas ne

  2. bos suka lau pekerja buat kerja betul2.. hehe. bukan talam 2 muka ye..

  3. Tapi kalau bos jenis pilih kasih, susah juga.. hehe..

  4. kadang jumpa boss yang tak pernah rasa puas hati dan tak bersyukur, kita buat apa pun tetap tak baik di matanya.. ada tips tak nak hadapi boss macam ni? 😀

  5. susah punya boss yang suka pilih kasih dan suka dengar di sebelah pihak saja.

Speak Your Mind

*