3 Langkah Untuk Pastikan Majikan Gembira

Bekerja didalam suasana yang tenang adalah impian bagi meraka yang bekerja dibawah kelolaan seseorang yang dikenali sebagai majikan. Bos yang cerewat dan garang bukanlah suatu pengalaman yang baik bagi setiap yang bekerja di situ. Suasana yang mudah untuk bekerja adalah dimana majikan tersebut seorang ceria dan gembira,mungkin juga kesempatan bagi pekerja. Tips berikut pasti membantu anda menjadi pekerja yang berdedikasi dan disayangi majikan .

Beri Layanan Terbaik Kepada Pelanggan 

Khidmat pelanggan adalah satu penyumbang bakti kepada kejayaan syarikat,jika anda secara jujurnya memberi layanan terbaik kepada pelanggan. Pelanggan akan menyakini dan terus menggunakan khidmat syarikat anda. Tunjukkan kebolehan yang anda ada untuk menyelesaikan masalah pelanggan. Mungkin dengan cara ini anda akan lebih disukai oleh majikan.

Mesti Jujur 

Hampir 30% kajian yang dibuat tentang pekerja berpura-pura sakit untuk mendapat cuti semata-mata. Maka hampir 20% pekerja yang diberhentikan kerja diantara meraka yang mengamalkan sikap sedemikian.
Menipu sakit untuk mendapat cuti adalah satu perkara yang memalukan,tetapi menipu majikan merupakan kesilapan terbesar.  Kejujuran dan kematangan adalah hakikat yang harus dipikul oleh setiap individu,bertanggungjawab atas setiap tugas yang diamanahkan. Pemikiran jujur dan matang adalah sikap yang diburu setiap majikan.

Belajar Sesuatu Yang Baru 

Memiiki pelbagai aset kemahiran adalah satu insentif yang menarik perhatian majikan,fokus tentang bagaimana untuk majukan diri dengan bersedia menerima pelbagai bidang tugas yang berbeza. Aset kemahiran yang pelbagai mampu meningkatkan produktiviti. Majikan mungkin juga melihat anda sebagai aset penting,tanpa anda banyak tugas akan tergendala. Jangan takut untuk minta kebenaran majikan melanjutkan pelajaran,hampir kebanyakan syarikat memperuntukkan insentif bagi meraka yang ingin meningkatkan pengetahuan disamping menambah nilai ilmu pengetahuan.

Semoga tips pendek ini membantu anda memperoleh pekerjaan yang diidamkan dan tentu sekali majikan yang gembira selalu.

 

Comments

  1. Kalau majikan gembira,
    mesti susah dia nak lepaskan kalau nak minta tukar tempat kerja..hehe..
    thanks atas info tersebut.

  2. Yang dah bekerja juga boleh amalkan tips ni
    Semuanya untuk kebaikan diri sendiri dan majikan

Speak Your Mind

*